Mar 18, 2010

~~Puteri Bertudung Bersih~~


Puteri bertudung Bersih
Bak mawar putih
Taat pada Ilahi
Kasihkan Nabi

Senyum mekar dibibir
Basah dengan berzikir
Iman penuh didada
Akhlaq mulia

Suaranye dijaga
Rendah sahaja
Cukup budi bahasa
Bila berkata

Tiada ngilai ketawa
Hanya senyum yang mesra
Siapa yang melihatnya
Pasti bertanya

Diri umpama bunga
Harum wangi bercahya
Solatnya tiap hari
Amat tak henti

Jika tiada bersopan
Lenggang lenggok berjalan
Suka jadi tontonan
Hilang rupawan

Ingat lah puteri dunia
Harga dirimu
Engkau akan dewasa
Menjadi Ibu

Asiah, Aisyah, Khadijah
Jadi tauladan
Berbakti pada Allah
Itu tujuan

nasyid ni aku dapat mase zaman aku sekolah dekat Hira' dulu.. first time aku dengar dan hayati lirik dia, memang meresap la dalam jiwa aku.. alangkah tenangnya aku setenang dendangan nasyid ni.. but, aku tak penah dengar nasyid nidekat mane2 .. 1st time aku dengar nasyid ni pun oleh akak-akak senior aku.. dorang nyanyi kat depan..

dan sampai sekarang aku tak boleh lupe nasyid ni.. walaupun dah bertahun aku tak dengar, tapi aku still boleh ingat lirik ngan irama nasyid ni sampai sekarang.. kadang-kadang, bila aku teringat je nasyid ni.. tbe-tbe je aku akan rindukan suasana itu.. satu suasana yang sangat tenang.. damai.. seronok.. tak tergambar rasanya kalau nak diungkapkan dengan kata-kata..

biler la aku boleh dapat perasaan seperti dulu itu lagi~~

No comments: