Dec 18, 2009

BOS, WANITA dan MOODY

Sebelum itu, ingin saya mengucapkan selamat menyambut awal muharam kepada semua yang beragama islam. semoga buku baru tahun ini lebih 'cantik' dan 'kemas' untuk dibawa menghadap-Nya di akhir tahun nanti.




Serasanya, sudah sampai masanya untuk saya mula berbicara tentang sesuatu diluar hidup saya yang mana ia sudah lama menjadi rencah dalam hidup manusia. sama ada ianya adalah adat, atau mentaliti orang itu sendiri, kita tetap perlu berhadapan dengan pelbagai ragam yang ditonjolkan oleh orang disekeliling kita.






Bos, wanita dan moody, adalah perkataan yang tak pernah kering dari bibir-bibir orang bawahan.

"bos aku tu cerewet la"
"geram la aku ngan bos aku tu, tau nak marah2 je, cakap bebaik tak boleh?"
"pe kene ntah ngan bos aku tu ari ni, kejap ok, kejap ko.. nak monopous agaknya"

Dimana-mana jabatan pun tetap ada masalah yang sama. pekerja-pekerja selalu mengambil kesempatan untuk membincangkan perihal bos mereka. (seperti tajuk utama, bos disini adalah kaum wanita).

KES :
puan mariah (bukan nama sebenar) hampir 28 tahun bekerja di sektor kerajaan, hampir kesemua bos atasan beliau yang berpangkat 41 dan 48 (pangkat bg sektor awam). boleh dikatakan keseluruhan tahun beliau tidak mempunyai masalah dgn bos. tahun demi tahun, beliau menunjukkan pretasi yang membanggakan kerana beliau antara pekerja yang cekap dalam menyelesaikan kerja. bermula pada awal tahun 2000, seorang pegawai baru, lin (bukan nama sebenar) telah masuk ke jabatan beliau. muda dan baru kahwin. pada waktu itu, puan mariah tidak berada dibawah line organisasi lin. tetapi, pada tahun 2007, kebanyakan pegawai senior ditempat mereka bertukar jawatan dan berpindah ketempat lain dan menjadikan lin sebagai pegawai yang paling senior. semasa itu juga puan mariah telah berada dibawah line line dan secara tak langsung puan mariah adalah orang bawahan lin. pada akhir 2008, lin sudah mula menunjukan belangnya pada puan mariah. ada sahaja salah puan mariah sehingga puan mariah amat tertekan. dipendekkan cerita, pada pertengahan tahun puan mariah telah mendapat offer untuk kenaikan pangkat, dan perlu berpindah ke tempat lain, tetapi lin tidak membenarkan puan mariah bertukar dengan alasan projek yang diberikan kepada puan mariah masih tidak siap.

atas nasihat keluarga dan rakan-rakan, puan mariah tetap berpindah. tetapi ibarat keluar mulut rimau masuk mulut buaya, ditempat barunya, puan mariah mempunyai bos yang kuku besi, bila bercakap dgn org bawahan, selalu tidak pandang muka, tidak pernah dibawa masuk kebilik untuk berbincang semeja. malah, puan mariah hanya boleh bercakap dengan bos barunya itu, jenab (bukan naman sebenar) semasa jenab lalu dihadapan meja puan mariah. lebih malang lagi, jenab langsung tidak mahu berhenti semasa bercakap, jenab lebih selesa untuk menonong ke tempat yang hendak dituju. jenab juga seorg yang memandang pada pangkat, dia langsung tidak bercampur gaul dgn org bawahan even makan semeja. malah, jika ada org bawahannya yang sedekahan makanan ke seluruh warga jabatan juga, dia langsung tidak akan sentuh makanan itu. jenab juga memarahi puan mariah apb puan mariah mengadu bahawa dia masih tidak mempunyai komputer. sedangkan itu adalah tanggungjawab jenab untuk melaporkan kepada pihak yang sepatutnya. jenab juga memarahi pekerja-pekerja lain sekiranya ada diantara mereka yang mengajar puan mariah untuk buat kerja. jenab akan menjeling kepada pekerja itu sehingga mereka takut untuk mengajar puan mariah.


Bila difikirkan semula, tak patut jenab macam tu. sepatutnya sebagai seorang majikan dia kene amik tahu kebajikan anak buah dia. ajar apa yang mereka tak tahu. kalo jenab rasa diri dia bagus sebab dia de pangkat, sekurang-kurangnya hormatlah puan mariah sebagai org yang lebih tua sbb umur puan mariah jauh lebih tua dr jenab sampai layak dipanggil ibu.

Dari satu sumber gak, saya dapat tahu yang orang-orang atas puan mariah menganggap dia seorang makcik tua yang tak tahu apa-apa dan bermasalah. dengan pangkat puan mariah yang rendah, diorang gak anggap puan mariah antara yang 'low class'. tapi lepas hadiri sebuah kursus, baru mereka tahu yang puan mariah bukan la seburuk yang diorg sangka. in fact, puan mariah mempunyai anak-anak yang berjaya, sorang daripadanya doktor. waktu tula, diorg buka mata dan dapat menerima puan mariah. tetapi masalah puan mariah dengan jenab, masih gak tak selesai.

kenapa bila bos wanita je, semua orang akan fikirkan moody, sombong, suka marah-marah, sedangkan ramai jugak bos wanita yang baik, ramah, carring. tapi kenapa bos-bos cam ni tak menonjol dibandingkan dengan bos yang kuku besi ni? saya tak sebelahkan sesaper dan saya gak tak tahu pe yang bakal saya tempuh. sebab saya pun belum penah keje dan InsyaAllah, kalo saya keje dan masuk sektor awam pun saya akan jadi bos 41. moga-moga saya tidak menjadi seperti jenab dan lin. saya gak tak penah jadi org bawahan just penah jadi promoter. waktu tu tengah cuti sementara tunggu tawaran kemasukan degree after diploma. waktu tu saya dapat rasakan mentaliti pelanggan, bila promoter je, dia xtau paper, malas blaja, pendidikan rendah. penah sorg pelanggan marah saya siap maki hamun dalam bahasa inggeris. sbb dia sangka mesti saya ni bodoh dan tak paham english. tapi bila saya balas balik dalam bahasa yang sama, muka pelaggan tu terus pucat. sebab masa tu bukan salah saya.

berbalik pada cerita bos wanita, pangkat rendah ke, tinggi ke semua tetap sama. kita tetap manusia yang de hati dan perasaan. kita perlu jaga hati org disekelilng kita. yang muda perlu hormati yang tua, dan yang tua perlu sayang yang muda (pada yang muda, kalo org tua cakap lebih-lebih cikit tu biase la, pekak kan je telinga, bila dah tua, emosi ni mmg lain ckit). kepada perempuan2 yang bergelar bos pula, jgn lak campur adukkan kerja dgn peribadi. bila bwk msk peribadi dalam kerja, tu yang slalu emosi. kepada org bawahan pula, jgn la terlalu ikut kepala. kdg2, dlm satu kerja tu, dia de sistem. sbb tu, de bos yang nak anak buah dia ikut cara dia. bukan sbb apa, memudahkan kerja bos tu utk sesi pembentangan.

so, same-same la kita happy2 slalu, jgn terlalu stress.. positifkan diri.. pekerja yang bagus melambangkan organisasi yang bagus..

p/s: saya masih kurg pengalaman dlm bidang pekerjaan. kalo de sebarang teguran atau komen, sangat la saya hargai utk perbaiki diri ini.. kes yang dituliskan adalah dari pengalaman sesorg yang dekat dengan penulis.

No comments: