Dec 22, 2009

[ Rentetan Perjalanan Ini ]

Sejak sehari dua ni, tak de pe yang terlintas kat fikiran untuk aku jadikan bahan di dalam blog nih.. sehingga la hari ini, buat pertama kalinya aku kuar melangkah dari rumah berseorangan.. slalunya de mak n ayah.. lom lg kuar ngan kawan2 or sorg2 since balik dari johor.. so, tbe2 mende yang nak ditulih datang mencurah2, tak tau nak tulih pe yang penting.. so, aku decide, entry kali ni akan devide pd 3 plot cerita..



PLOT 1: SURVEY




Hobi aku kalo bosan n tak de ape nak buat, aku lebih senang pergi berjalan2 seorg diri.. yang wajib nya naek kenderaan awam.. even de de kete pun slalunye kete tu akan di park di stesen putra.. actually tujuan aku keluar untuk pergi ke Bangsar.. sesi mengenal tempat praktikal.. hehe.. aku akan start praktikal 4 jan ini di Eco-Ideal Consulting.. kebetulan, disamping aku perlu kesana, bolehla aku catat masa yg diperlukan utk sampai ke sana (utk budget mase).. of course aku naek putra.. coz nanti ari2 pun naek putra.. perancangan awal aku nak bli pas bulanan integrasi rapid.. tp biler aku kire2 balik kos y aku perlukan.. ermm.. tidak, lebih baik aku topup touch n go aku je.. sbb, klo aku pakai pas tu aku y rugi.. kos aku utk sbln tak sampai RM150 pun.. ok.. dr mula aku kuar:





kul 9.35 am, aku aku jalan kaki perlukan 5 minit je nak kedepan..


bas sampai kul 9.55 am dan tibe kat putra kul 10.15 am.. means 20 minit je..


naik train kul 10.20 am, sampai kerinchi 11.05 am.. means 45min dlm train..


total = 1 jam 10 minit.. (secara detail)





aku kene amik kire mase menunggu bas n train.. aku gak kene amik kire mase kecederaan .. kot2 la sakit perut ke, pe ke.. so aku decide nak tambah 30 min..





total bersih y aku perlukan = 1 jam 40 min..





means, masuk keje kul 9 pagi, so, selewat2nye aku kene kuar umah kul 7.15 am.. adus... hehe..





so, tu la yg aku dpt simpulkan pada awal2 ni..





(sampai sane sblm masuk wisma tu, tibe2 kasut koyak.. ciss... geram tol.. so masuk balik kat tempat memula tadi, konon nak carik selipar comel2 ke, alih2 jumpe kedai baiki kasut.. udah nye jahit je dua2 belah kasut even sbnrnye sblh je y cabut.. melayang rm6.. dah le tunggu 45 min.. tp naseb baek bdk y jahit tu comel.. hehe)






____________________________________________________________________

PLOT 2: SEXUAL HARASSMENT - Salah siapa??




Plot citer ni berlaku semase dalam perjalanan ke kerinchi tu.. dalam train.. oleh sbb mase tu masih lagi awal, orang dalam train tu boleh tahan la ramainye.. x sume dapat duduk.. ramai jugak la berdiri termasuk la seorg guy ni.. dia berseluar jeans, sweater merah (jenama pe x perasan), beg hitam, agak berjambang, rambut kusut masai, ber cermin mata.. selebihnya aku tak perasan.. act aku tak perasan pun lahabau ni.. sehingga la dia mundar mandir di dalam train sehingga merimaskan pdgn semua org.. berdepan dgn aku ni de seorg perempuan pakai baju potongan kebaya dan berskirt pendek ala2 paramugari MAS tu.. biler dia duduk, maka tetarik la kain tu ckit.. nak2 plak dia pi silang kaki, lagi la.. time tu aku dh perasan lahabau ni asyik ko usha peha minah ni.. aku wt bodo je la.. name pun lelaki..




makin lame, makin ramai plak org masuk train.. sampai la dekat kampung baru, penumpang sblh kanan minah ni nak kuar, tp de aunty tu duduk.. yela, org tua kan.. guy ni bleh merengus marah.. memula aku tak paham.. tp sebelum dia kearah minah ni, dia mmg mengadap minah tu, tp membelakangi aku dan berdiri btol2 dpn aku.. sampai kaki dia bergesel ngan kaki aku.. tp sbb setelah puas aku ngelak n tbe2 de sorg budak diri dpn aku, dia trus terinjak kedepan btol2 berdepan ngan akak y dok sblh kiri minah ni.. bile dia xdpt minah ni, boleh plk dia pi tanggalkan selipar dia n nak gesel2 kaki kat akak ni.. pdhal akak ni punye la sopan.. just kaki akak tu je terlunjur ckit sbb ramai org.. keadaan cam tu pun dia smpt kaco akak tu.. akak tu trus pusing kaki dia kearah laen.. then sampai kat klcc, ramai org turun termasuk la penumpang blh kanan minah ni.. trus la laki tu dok sblh minah tu.. korg tau pe dia wat.. dia dok sambil tangan kanan dia disorok kan bawah beg dan tangan kiri atas beg, dia menarik kain minah ni keatas.. tp klo tak silap aku dia sempat pgg peha minah ni.. time tu mmg menyirap la drh aku ni.. takut siot.. aku rse nak tangkap gambar je.. tp rso dia perasan plak.. y minah ni blh lak cm x perasan.. aku tak tau la sbb da takut ke sampai dia taknak bersuara.. then minah ni trun kat pasar seni, sblm minah ni trun aku perasan sementara jari-jemari dia menarik skirt tu, jari hantu dia dah pun di main2kan kt peha minah ni.. yukkks... bodoh... giler la...




lahabau ni turun kat kl central.. sementara dia nak turun, dia sempat masukkan tangan dia dalam beg SAMBIL meraba bontot seorg remaja cina.. memang bintang la..








p/s: biler mende2 camni berlaku, siapa y perlu kita salahkan.. tepuk dada, tanya la iman..




____________________________________________________________________

PLOT 3: MAYFAIR






on da way aku balik dari kerinchi, aku singgah ke masjid jamek untuk membeli barang.. aku naek je, tetibe de sorg promoter ni tahan aku.. sbnrnye aku nih jenis y menonong.. benci nak layan org2 yang tahan2 org nak jual barang.. tp ayat keramat dia berjaya wat aku berhenti seketika.. dia tanya soalan ni je;




"akak penah dengar mayfair tak?"




dalam keterujaan aku untuk mengurangkan berat badan.. NOT.. bukan.... sbnrnye aku berpuas hati dgn bentuk badan aku cuma disesetengah bahagian seperti bawah perut, peha dan lengan.. kat situ je y bermasalah.. selama sebulan aku try on diet, jogging, n everything, tp lgsg xde kesan.. lagi satu, aku sbnrnye nak dapatkan semula berat badan aku je.. dulu... (di suatu ketika dulu) aku berjaya dapat berat badan seberat 56 kg.. bg aku, tu dah cukup sesangat dh.. tp disbbkan aktiviti harian yang tak sihat.. pi kelas balik kelas naek motor.. tak de senaman, makan tak hingat dunia.. tiap petang, aku, muaz, zeema n ina sebagai housemate bersama2 bersenam atas tilam.. time tu kitorg sumer dpt masalah yang sama.. KENAIKAN BERAT BADAN.. haha




alasan aku nak buang segala masalah kan badan aku ni:




1) lenggan : bayangkan aku boleh pakai baju saiz M, tp if baju tu tanpa lengan n atas pada bontot.. disbbkan lengan yang besar ni, aku ssh nak cari baju..




2) bawah perut: biler aku pakai sluar je, aku dapat rasekan de daging lebihan yang bergesel kat pinggang aku.. membuatkan rase tak selesa semasa berjalan..




3) peha : pinggang kecik, pinggul n peha beso.. kalo bli seluar, masalah.. biler beli same ngan pinggang, peha tak lh masuk... beli same ngan peha, pinggang plak mengelebeh.. sampai pakai belt pun, nampak teramat lah buruk..




selain tu, semua semata2 sebab nak dptkan keselesaan semasa membuat aktiviti harian..
(aku tak suke skinny.. sbb pd pngdn aku la..ulang semula.. pndgn AKU saje.. skinny ni mcm rangka bergerak.. nti peluk pun rse tulang je.. aku mmg dr dulu fobia pegang org y skinny ni.. aku suke badan ala2 montok gitu.. tak gemok sgt, tak kurus sgt.. just sdp mata memandang.. lg 1, biar la badan tu nampak seimbang ngan ASET yg sedia de)




masalah ni terbawak2 sampai aku berazam nak join gym kalo de duit nanti.. or kelas tarian ke.. in fact, aku tersangat la addict tgk program y berunsur kecantikan cam IMPIAN ANGGUN tu.. aku slalu gak tgk website MayFair, London Weight Management, Slim Word.. tuk survey harga.. tp diorg tak nak letak harge kat situ.. bengang tol aku.. untuk pengetahuan semua, berat badan aku ni bukan la disbbkan lemak y berlebihan.. metabolisme aku rendah.. selama ni aku makan mmg ckit.. tp still cmni gak.. klo pegang lengan aku ni pun org kate mantap.. lemak tak de.. hmmm.. buntu aku dibuatnye.. nak2 plak aku ni mmg berangka beso.. any solution?? penah gak pikir, alangkah baiknye kalo de jalan mudah utk aku selesaikan masalah aku ni..




tu y tadi, promoter tu dtg jumpe aku, dia bagi aku kupon untuk treatment facial, anti-stress, slimming n body shower.. semua treatment tu berharga lbh dari RM1000.. hanya untuk 10 org yang terpilih shj yg di pilih secara rawak).. terkejut badak aku.. tp dia bg bukan free, aku kene bayar sbyk rm29.90.. (sbnrnye RM30, sbb dia x pulangkan pun 10sen aku tu.. hehe) memula aku cam tak caye.. aku cakap la, lh caye ke ni.. biase la, mulut manis promoter.. dia mmg pandai physico aku.. doh.. melayang duit aku.. aku tau, kalo aku amik, mmg 1st treatment free tp mesti de rawatan susulan kan.. dia ingat aku bodoh ke.. aku tau sumer tu.. tp dsbbkan aku mmg bodoh dlm keterujaan n tengok dlm kupon y sebesor alam tu, de harge treatment n mcm2 yang aku perlukan, pergh.. mmg aku amik.. ala, try je la skali.. pastu, kalo tak nak, bior je la.. haha.. tp untung tu..



p/s : ni bukan kupon tu.. ni just y iklan dia je.. coz kalo aku upload kupon dia karang, silap ari bulan, aku y kene..

Dec 18, 2009

BOS, WANITA dan MOODY

Sebelum itu, ingin saya mengucapkan selamat menyambut awal muharam kepada semua yang beragama islam. semoga buku baru tahun ini lebih 'cantik' dan 'kemas' untuk dibawa menghadap-Nya di akhir tahun nanti.




Serasanya, sudah sampai masanya untuk saya mula berbicara tentang sesuatu diluar hidup saya yang mana ia sudah lama menjadi rencah dalam hidup manusia. sama ada ianya adalah adat, atau mentaliti orang itu sendiri, kita tetap perlu berhadapan dengan pelbagai ragam yang ditonjolkan oleh orang disekeliling kita.






Bos, wanita dan moody, adalah perkataan yang tak pernah kering dari bibir-bibir orang bawahan.

"bos aku tu cerewet la"
"geram la aku ngan bos aku tu, tau nak marah2 je, cakap bebaik tak boleh?"
"pe kene ntah ngan bos aku tu ari ni, kejap ok, kejap ko.. nak monopous agaknya"

Dimana-mana jabatan pun tetap ada masalah yang sama. pekerja-pekerja selalu mengambil kesempatan untuk membincangkan perihal bos mereka. (seperti tajuk utama, bos disini adalah kaum wanita).

KES :
puan mariah (bukan nama sebenar) hampir 28 tahun bekerja di sektor kerajaan, hampir kesemua bos atasan beliau yang berpangkat 41 dan 48 (pangkat bg sektor awam). boleh dikatakan keseluruhan tahun beliau tidak mempunyai masalah dgn bos. tahun demi tahun, beliau menunjukkan pretasi yang membanggakan kerana beliau antara pekerja yang cekap dalam menyelesaikan kerja. bermula pada awal tahun 2000, seorang pegawai baru, lin (bukan nama sebenar) telah masuk ke jabatan beliau. muda dan baru kahwin. pada waktu itu, puan mariah tidak berada dibawah line organisasi lin. tetapi, pada tahun 2007, kebanyakan pegawai senior ditempat mereka bertukar jawatan dan berpindah ketempat lain dan menjadikan lin sebagai pegawai yang paling senior. semasa itu juga puan mariah telah berada dibawah line line dan secara tak langsung puan mariah adalah orang bawahan lin. pada akhir 2008, lin sudah mula menunjukan belangnya pada puan mariah. ada sahaja salah puan mariah sehingga puan mariah amat tertekan. dipendekkan cerita, pada pertengahan tahun puan mariah telah mendapat offer untuk kenaikan pangkat, dan perlu berpindah ke tempat lain, tetapi lin tidak membenarkan puan mariah bertukar dengan alasan projek yang diberikan kepada puan mariah masih tidak siap.

atas nasihat keluarga dan rakan-rakan, puan mariah tetap berpindah. tetapi ibarat keluar mulut rimau masuk mulut buaya, ditempat barunya, puan mariah mempunyai bos yang kuku besi, bila bercakap dgn org bawahan, selalu tidak pandang muka, tidak pernah dibawa masuk kebilik untuk berbincang semeja. malah, puan mariah hanya boleh bercakap dengan bos barunya itu, jenab (bukan naman sebenar) semasa jenab lalu dihadapan meja puan mariah. lebih malang lagi, jenab langsung tidak mahu berhenti semasa bercakap, jenab lebih selesa untuk menonong ke tempat yang hendak dituju. jenab juga seorg yang memandang pada pangkat, dia langsung tidak bercampur gaul dgn org bawahan even makan semeja. malah, jika ada org bawahannya yang sedekahan makanan ke seluruh warga jabatan juga, dia langsung tidak akan sentuh makanan itu. jenab juga memarahi puan mariah apb puan mariah mengadu bahawa dia masih tidak mempunyai komputer. sedangkan itu adalah tanggungjawab jenab untuk melaporkan kepada pihak yang sepatutnya. jenab juga memarahi pekerja-pekerja lain sekiranya ada diantara mereka yang mengajar puan mariah untuk buat kerja. jenab akan menjeling kepada pekerja itu sehingga mereka takut untuk mengajar puan mariah.


Bila difikirkan semula, tak patut jenab macam tu. sepatutnya sebagai seorang majikan dia kene amik tahu kebajikan anak buah dia. ajar apa yang mereka tak tahu. kalo jenab rasa diri dia bagus sebab dia de pangkat, sekurang-kurangnya hormatlah puan mariah sebagai org yang lebih tua sbb umur puan mariah jauh lebih tua dr jenab sampai layak dipanggil ibu.

Dari satu sumber gak, saya dapat tahu yang orang-orang atas puan mariah menganggap dia seorang makcik tua yang tak tahu apa-apa dan bermasalah. dengan pangkat puan mariah yang rendah, diorang gak anggap puan mariah antara yang 'low class'. tapi lepas hadiri sebuah kursus, baru mereka tahu yang puan mariah bukan la seburuk yang diorg sangka. in fact, puan mariah mempunyai anak-anak yang berjaya, sorang daripadanya doktor. waktu tula, diorg buka mata dan dapat menerima puan mariah. tetapi masalah puan mariah dengan jenab, masih gak tak selesai.

kenapa bila bos wanita je, semua orang akan fikirkan moody, sombong, suka marah-marah, sedangkan ramai jugak bos wanita yang baik, ramah, carring. tapi kenapa bos-bos cam ni tak menonjol dibandingkan dengan bos yang kuku besi ni? saya tak sebelahkan sesaper dan saya gak tak tahu pe yang bakal saya tempuh. sebab saya pun belum penah keje dan InsyaAllah, kalo saya keje dan masuk sektor awam pun saya akan jadi bos 41. moga-moga saya tidak menjadi seperti jenab dan lin. saya gak tak penah jadi org bawahan just penah jadi promoter. waktu tu tengah cuti sementara tunggu tawaran kemasukan degree after diploma. waktu tu saya dapat rasakan mentaliti pelanggan, bila promoter je, dia xtau paper, malas blaja, pendidikan rendah. penah sorg pelanggan marah saya siap maki hamun dalam bahasa inggeris. sbb dia sangka mesti saya ni bodoh dan tak paham english. tapi bila saya balas balik dalam bahasa yang sama, muka pelaggan tu terus pucat. sebab masa tu bukan salah saya.

berbalik pada cerita bos wanita, pangkat rendah ke, tinggi ke semua tetap sama. kita tetap manusia yang de hati dan perasaan. kita perlu jaga hati org disekelilng kita. yang muda perlu hormati yang tua, dan yang tua perlu sayang yang muda (pada yang muda, kalo org tua cakap lebih-lebih cikit tu biase la, pekak kan je telinga, bila dah tua, emosi ni mmg lain ckit). kepada perempuan2 yang bergelar bos pula, jgn lak campur adukkan kerja dgn peribadi. bila bwk msk peribadi dalam kerja, tu yang slalu emosi. kepada org bawahan pula, jgn la terlalu ikut kepala. kdg2, dlm satu kerja tu, dia de sistem. sbb tu, de bos yang nak anak buah dia ikut cara dia. bukan sbb apa, memudahkan kerja bos tu utk sesi pembentangan.

so, same-same la kita happy2 slalu, jgn terlalu stress.. positifkan diri.. pekerja yang bagus melambangkan organisasi yang bagus..

p/s: saya masih kurg pengalaman dlm bidang pekerjaan. kalo de sebarang teguran atau komen, sangat la saya hargai utk perbaiki diri ini.. kes yang dituliskan adalah dari pengalaman sesorg yang dekat dengan penulis.

Dec 16, 2009

gaRfieLD

aku suke tgk citer garfield yang pemalas and kuat makan tu.. comel sangat.. dah le suke makan lagsana makanan kegemaran aku lak tu.. tp mana sangke, umah aku pun dah de garfield sekor.. warne pun hampir same.. ngan pemalasnye.. dulu kitorg panggil dia "adik kecik".. sekarang name tu dah tak sesuai kat dia.. dia pun x suke dipanggil name tu.. kalo panggil gak, dia wat bodoh je.. siap jeling lagi tu.. last-last kitorg panggil dia mok or garfield.. nampaknya dia amat berminat.. dia ni even pemalas pun, tapi dia rajin panjat pokok and tangkap tikus.. tu je la kredit yang boleh diberi kat dia.. slalunya kucing jantan rajin pi cari betina kan.. tapi dia lain.. gay kot.. haha.. tak suke kuar umah.. kalo nak cari dia, samada kat atas kete yang dia parking bawah pokok, or bawah kerusi kat luar umah, or kat atas alas kaki kat tangga or kat dalam besen biru kat dapur.. tu je la tempat tido dia.. tp kalo dia kuar umah, slalunya pagi2 dah kuar, malam baru balik.. tu baru dia betol2 'dating'.. kalo tak, tido je la.. kalo pasal makan, tak yah citer.. sumer dia makan.. tak tolak satu pun.. nak2 durian.. kalo ayah bawak balik durian, dia yang kejar dulu.. org makan aiskrim dia nak, makan cendawan goreng dia nak, makan kek dia nak, makan kerepek pun dia nak tu.. dalam pada tu, dia gak abang yang penyayang.. dulu mase mak dia lahirkan adik2 dia versi bapak lain, dia yang tolong jage adik2 dia.. kadang2 tu, sampai adik2 dia nak menyusu kan dia.. hehe.. sampai sekarang, adik2 dia mesti tido berbantalkan si garfield ni.. sebab, mak dia tak boleh harap.. jumpe anak2 dia, di marahnye.. siap nak cakar.. ni sumer kes2 buang anak.. haha.. whatever pun, dia la kesayangan kat dalam umah ni.. kalo dia takde, sumer cari.. pendek kate, dia la garfield si jantung hati.. huhu..

tido.. x pernahnye nak sopan... segale2 nak tayang..

hati dan perasaan..

orang kata... cinta itu indah... tapi tidak ramai orang sedar bahawa jika kecewa kerana cinta, ia amat menyakitkan..
cinta..cinta..cinta.. dimana-mana orang mempersoalan tentang cinta.. sehingga kita sendiri muak dengar kisah cinta.. cinta yang indah, cinta yang sedih, cinta yang kejam, cinta yang buta.. tetapi, itu semua terpulang pada individu itu sendiri bagaimana mereka ingin mentafsirkan cinta mereka.
teringat bait kata-kata dalam lagu yang disampaikan oleh kumpulan saujana..
cinta pada bunga kan layu akhirnya,
cinta pada harta kelak kan musnah binasa,
cinta pada manusia tiada kan kekal selamanya,
cinta Illahi tulus suci dan abadi..
jika cinta yang lahir itu dizahirkan ke atas-Nya.. InsyaAllah, cinta itu la cinta yang abadi...
aku letih kerana cinta.. aku sakit kerana cinta.. aku lemah kerana cinta.. aku hilang kerana cinta..

Dec 15, 2009

my ROOM my WORLD

BILIK!!


tempat terbaik untuk dapat privacy.. btol tak??
bagi aku, bilik adalah segala-galanya..

dulu...

bilik aku dikuasai sepenuhnye oleh kakak aku...tp.. sejak dia dah kawen ni.. aku la menguasainye.. hehe.. tapi sejak aku masuk asrama (form 1), bilik tu just tempat untuk tido mase balik rumah je.. dulu aku selalu bercita2 nak de bilik sendiri.. decorate bilik aku tu ikut citarase aku.. jadikan bilik tu tempat yang paling aku selesa and aku boleh buat sesuka hati aku.. but, tu angan2 je.. sebab, biase la, rumah teres, tak banyak bilik.. ape2 pun aku tetap bersyukur sebab aku masih de tempat untuk menenangkan fikiran.. after kakak aku dah kawen, semangat aku berkobar2 nak jadi penduduk tetap bilik ni.. yela, aku dah abis blaja.. time untuk kembali ke rumah.. nak praktikal nanti pun kat rumah jugak.. so aku kene jadikan dia, 'bilik aku, dunia aku'.. tapi.. sedey sangat mase baru balik tu, ni la keadaan bilik aku..



tersangat la bersepah.. semua barang bercampur aduk.. habuk tebal 3 inci macam tak penah orang duduk.. buat malu je kalo orang masuk tengok bilik anak dara macam tu.. but.. after aku kemas... tada...


walaupun tak secantik mana.. kira selesa la nak wat keje.. just kerusi tu je nak kene tukar coz tak selesa..



camtu gak ngan katil.. dari penuh ngan segala-galanya.. trus kosongkan.. (but amik gambar separuh je.. sebab de *tutt* hehe)..



p/s: banyak gambar yang aku x sempat amik sebenarnya.. gambar dalam almari, segalanya la.. ni je yang sempat amik.. sebab dalam tempoh mengemas bilik aku, aku jangkitan selsema yang agak teruk yang disebabkan oleh habuk setebal 3 inci tu.. muka bengkak2, mate merah, sesak nafas menyebabkan aku tak dapat berfikiran dengan waras.. (bilik aku tu de org dok sebanarnye.. tp... tetap tak berjaga macam tak berpenghuni).. decoration yang aku wat sekarang pun sebenarnya sangat2 bercanggah dari konsep asal disebabkan sesetengah perkara yang tak dapat dielakkan.. sebab.. aku SESANGAT CEREWET tentang KEPUNYAAN aku.. whaever pun, mak bagi 2THUMB kat aku.. hehe

Dec 2, 2009

~~ WINK..~~

bahagian 1:
penulis: bdk y kawen tu sebaye kite tau.. kite ni, biler lg (konon nak maen)
si dia: dh sedia ke?
penulis: (dgn senyum y melebar) klo dr segi mental dh.. tp dr segi fizikal, blom kot.. coz x keje lg.. tp klo dh keje, ujung tahun ni ok la..
si dia: amin....






bahagian 2:
si dia: kursus kawen kite ari tu cmner erk?
penulis: pja nak pi, abg kate nti..
si dia: bile? no ari tu de lg tak?
penulis: ye.. dulu tu.. abg yg kate tak nak gi lagi.. :P no phone tak de, website de la kot..






p/s: si dia amat susah untuk buka mulut pasal kawen2 nih.. kalo buka juga, silap ari bulan boleh gaduh.. but, biler si dia y mula bersuare.. oh God.. senyuman ku hingga ke telinga.. rase nak lompat2.. InsyaAllah, mudah2an...

Dari Penulis...

Act... banyak kisah2 yang nak diceritakan..
just belum ade mase yang sesuai..
banyak benda yang perlu diselesaikan dahulu...
dengan masalah internet yang belum2 selesai..
InsyaAllah...
setelah selesai sumer, saya akan menulis semula...