Aug 8, 2014

Berpantang bersam Nona Roguy

Assalamualikum..

Seyes lama giler tak jenguk blog ni.. masa awal pantang hari tu, tak boleh tengok laptop lama-lama.. comfirm mata berpinar, kepala berpusing.. ni dah menginjak ke sebulan baru ok sikit..

Diam tak diam hari ni dah hari ke-31 pja berpantang.. huhu.. tak lama je lagi.. so, tak lama je la lagi boleh tengok muka adik irsyad dan baca kisah tragedi masa dia nak keluar jenguk dunia kan..kan..

Berbalik pada tajuk, pantang kali ni pja pilih untuk pantang sendiri dekat puchong disebabkan perkara-perkara yang tak boleh dielakkan.. pja pilih Nona roguy sebagai set berpantang dan pilih Blessed beauty confinement untuk merawat semasa berpantang, penutup pantang & rawatan selepas berpantang.. nak masuk 30series ni, tiba-tiba dapat kesedaran untuk jaga diri luar dan dalam.. badan nak pakai lama hokeyyy.. tak nak nanti tua sebelum umur, suami kita maintain muda... nangis makkkkkk

Syukur sangat-sangat ditemukan dengan BBC dan kak Ice.. banyak yang pja belajar.. dan sekarang cuba amalkan.. perkongsian mengenai masalah dalaman wanita zaman sekarang bersama kawan-kawan group wassap, fb, banyak buka mata pja.. serius ok, sebenarnya jangan malu.. kita kene cari penyelesaian, bukan pendam.. nanti kita badan yang merana.. dan untuk kebahagiaan suami juga. hikhikhik

Sebaik saja naik wad, pja dah mula gunakan NR.. memang best sangat rasanya, phytonatal tak pernah lupa, setiap masa minum akar herbanika, tiap kali mandi guna lulur, setiap kali masuk toilet pakai uncang cuci, krim barut.. pendek kata NR memnag bbf la.. paling best bila badan berpeluh-peluh.. rasa fresh sangat..perut rasa ringan je.. masa mengurut pun, CL nana kata badan pja cepat panas, urat pun ok, tak de tersimpul bagai, rahim pun cepat kecut.. Alhamdulillah.. seronok sangat.. Hadiah paling best apa tau?? minggu ke-3 pja timbang berat, tau berapa? 68 kilo hokey.. suke makkkkk mana taknye,

awal preggy 75kg
sebelum bersalin 80kg
lepas bersalin tak sempat timbang..
minggu ke-3 pantang 68kg  bonus ok!! sebab dah bertahun berat ni tak kurang dari 70kg

Alhamdulillah, masalah lain pun tak de macam sembelit ke, sengal urat ke, irsyad pun tak kembung, kuning pun tak teruk.. kalau buncit sikit-sikit tu biase la.. 9 bulan perut kene tarik, takkan 21 hari je dah boleh kempis balik ye dak?

Ni fakta ok, NR mesra bayi tau.. bayi kuning tak de masalah kalo ibu still nak teruskan penggunaan NR.. sebab NR bukan jamu, tapi NR dari HERBA.. means herba yang kita guna harian dalam masakan..

Ada la juga 2-3 yang penah goda pja untuk guna set berpantang yang lain.. tapi dalam hati pja tetap NR.. tak boleh nak tukar.. hehe..

Tapi sedey jugak bila start minggu ni pantang dah kelaut sebab dah mula kerja.. ada yang boleh buat tu, still buat.. but tension bila terkejar-kejar nak buat semua.. tak boleh elak ok.. bukan tak nak elak.. sebab masalah yang memang langsung tak dapat elak.. Alhamdulillah, pja positif dan semoga ada yang lebih baik Allah nak beri..



No comments: