Dec 18, 2013

Kurus ke.. Gemuk ke..

Assalamualaikum..

Haih... punya la susah nak update blog sekarang ni.. tak ada masa.. cerita berkepuk-kepuk dah berhabuk pun dalam folder draft tu tak habiskan.. tengok la kalau ada masa nanti.. hehe..

Relax macam mana pun seorang perempuan tu, mesti ada sekelumit perasaan nak dipandang cantik dan gojes sekurang-kurangnya untuk suami.. kan..kan.. kalau gemuk, teringin nak kurus, kalau berjerawat nak kulit muka licin, kalau kusam nak gebu gitu... betul tak kawan-kawan..

Bagi pja, muka kalau dah camni, memang tak boleh ubah la.. muka nampak bersih, fresh, tak kusam, tak berminyak pun dah bersyukur.. tapi yang tak tahan tu, camna nak turunkan berat badan ni.... hhmmmmm...

Tak silap pja pernah post entry yang pja pernah turun sampai 57kg.. masa tu dekat poli.. turun pun sebab pakai braces. tak boleh makan 3 bulan.. kurus sampai orang kata pja sakit.. rangka pja besar katanya.. klo kurus sangat nampak sakit.. terkini after bersalin, anak dah besar, figure tak lari dari 74-77 kg.. makk aihhh beratnya.. lutut pun sakit-sakit dibuatnya.. sangat tak bangus ok... memang niat nak turun sikit sekurang-kurangnya dalam around 60an kg.. hehe..

Last week pi kenduri kawen kezen.. dah lama tak jumpe dia... adik dia yang kawen.. dia ni anak dah dua.. last raya tahun lepas jumpa dia sama besar dengan pja.. alih- alih jumpa last week dah macam hillary duff... menangis makk.. tak makan nasi katanya.. saja nak diet.... tiba-tiba terus semangat...

Tapi nampaknya semangat tu kene simpan dulu sampai bulan 7 la nampaknya... kesian kat baby kalau ibu diet.. tak cukup khasiat plak dia.. hehe..

Berat badan pja turun naik tak bermusim.. bukan la nak kurus sangat pun, tapi kalau dah sampai nak bawak badan sendiri pun dah tak larat, tak elok juga.. yang penting nak bina stamina semula untuk melompat dan berlari bersama anak-anak...

3 comments:

Solaris said...

Kak pija pregnant ke? hehe tahniaahhhhh :) -yany-

Solaris said...

Kak pija pregnant ke? Tahniahhhhhh..hehe :) - Yany-

nuratika aziz said...

tahniah kak pija :)
erm,pasal berat tuh,kalau ada usaha semua insya-Allah boleh kurus.go go kak pija.hehe.
sebenarnya blogwalking jeh sekarang.okey okey,kalau akak ada free time,datanglah blog saya
http://bynuratikaaziz.blogspot.com
thank you akak :)