Assalamualaikum..
Dah jarang pja updated blog kan sekarang ni.. dengan bebanan kerja dan bebanan TASKA ni, pja dah tak dapat hadap pc lama-lama.. padahal banyak sangat nak kongsi.. tapi semuanya berlalu macam angin je..
Wah... sudah mula updated pasal TASKA... ok, pja cerita serba sedikit pasal TASKA ni.. asal pja minat sangat dalam bidang ni sebenarnye, pja memang minat sangat-sangat dengan kanak-kanak.. kami adik beradik duduk dekat Nursery sampai darjah 6.. means start dari tadika sampai darjah 6 tu, kami transit je la.. balik sekolah, mandi kat sana, makan, then mengaji.. pukul 6 mak ayah datang ambil.. dari situ, disebabkan pja besar & perempuan pulak tu, rajin la jugak tolong tengok-tengokan adik kecik-kecik tu.. tolong suapkan makan ke.. suka sangat rasenye..
Tapi ditakdirkan ayah tunjukkan laluan pada pja untuk jadi Civil Engineer.. pja tak salahkan ayah.. pja pun tak reti buat keputusan sendiri masa tu.. then pja ikut sampai la pja ada segulung ijazah Kejuruteraan Awam.. major Alam Sekitar walaupun sering berangan-angan suatu hari nanti pja akan ada TASKA sendiri.. nak jadi hikmahnya juga, till now pja belum ada pekerjaan tetap & bidang yang pja kerja sekarang since early 2012 berkenaan dengan tenaga dan PTD yang pja langsung tak boleh cope.. Disebabkan itu juga, pja kembali kepada minat pja..
Dari situ pja rajin study dan cari pelbagai peluang.. dan Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan tu pada pja.. bermula dari join Forum Bekerja Dari Rumah.. di Invite oleh Bondamama untuk dengar taklimat ringkas dan akhirnya Aug 2012 pja buat keputusan join Bondamama.. pja bayar RM5000 untuk licensing sahaja.. dan pja perlu bayar RM30,000 sebenarnya hanya untuk branding.. walaupun study dah dibuat, still tak cukup.. dari situ pja banyak join kursus & taklimat.. dari situ juga pja banyak belajar.. dan malangnya banyak juga cerita-cerita yang kurang enak pja dengar..
Hujung Nov 2012 pja buat keputusan untuk tarik diri dari Bondamama atas alasan tertentu dan juga masalah pinjaman.. sementara itu juga pja cuma beri tumpuan untuk selesaikan Kursus Asuhan Kanak-Kanak yang pja sertai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang selanjutnya..
Penghujung 2012, pja buat research semula dan berjumpa dengan beberapa orang yang dianggap pakar dalam bidang ini untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.. atas nasihat itu juga, pja terus gagah untuk berdiri atas kaki sendiri walaupun pada zahirnya pja kurang yakin sekiranya pja bermula tanpa sebarang "branding" dan sukar untuk dapat customer..
Awal 2013 pja mula semula pemburuan mencari 'tapak' untuk dijadikan TASKA.. Alhamdulillah, akhirnya pja temui tapak tersebut.. tetapi keputusan sukar perlu diambil.. antara rumah RM1500 untuk kawasan yang 50% strategik atau RM2500 untuk kawasan yang 100% strategik.. dengan modal yang amat kecik.. pja perlu kuat untuk terima sebarang risiko akhirnya pja memilih RM1500 dengan bersyarat Marketing perlu hebat..
Alhamdulillah pja ada suami yang sangat supportive walaupun kadang-kadang keputusan yang dia beri sangat menyakitkan hati.. haha.. sekurang-kurangnya dia membantu kan... sampai deal dengan agent dan tuan rumah pun dia yang tolong.. dari situ boleh nampak, lemahnya PR pja untuk negotiate dengan orang..kalau la bakal customer tahu.. habih pja di bolak baliknya.. hehe.. tak pe.. that's a learning process.. the best is.. owner rumah nak jumpe en. suami.. bukan pja.. kihkihkih...
So, jika tiada aral melintang, seawal-awalnya middle of Februari TASKA pja akan mula beroperasi dan selewat-lewatnya early of march.. fuh... hati berbunga riang saja.. memandangkan kontrak pun comfirm last pada hujung bulan 6 ni.. pja dah tak kisah.. starting julai, tumpuan pja hanya pada TASKA...
Nama TASKA?? sebelum ni pja daftar dengan SSM TASKA BONDAMAMA CERIA.. tapi nampaknya pja perlu bermula semula untuk cari nama TASKA yang baru dan pergi berdaftar semula dengan SSM.. Nama pun belum ada lagi..
p/s: sedih pulak rasa nak pisahkan insyirah dengan mama dia.. mama dia baik.. tapi rasanya tak mampu kot nak hantar insyirah.. after julai...
2 comments:
all the very best pija! bangga aku ada kawan yang sangat ambitious macam hanggg!
salam..sy pun berminat nk buka taska..tp tak berani..tkt susah cr pekerja...
Post a Comment