Jan 31, 2013

Curi tengok TV

Assalamualaikum...

Pja sampai ofis pukul 7 pagi hari ni.. giler awal.. dok nak elak jem dan takut mak sampai lewat, perlu la kiranya datang awal.. sampai ofis mamai lagi.. sampai bilik tengok-tengok dok sarung selipar nipis.. kihkihkih..

Masuk bilik tak buka lampu, terus duduk depan pc, on pc, amik bantal, letak kepala.. konon nak take a nap... tapi tak boleh tido la plak.. padahal mata dah pedih... sambil tengok cerita sehangat asmara dalam keadaan gelap tu, tiba-tiba memori lama datang singgah di kepala..

Masa kecik-kecik dulu mak ayah ajar kami tido awal.. pukul 10 tu paling lambat tido la.. selalunya memang rumah kami gelap dah time-time gitu.. kadang-kadang pukul 8 dah bergelimpangan.. haha..

Dolu-dolu kan citer best-best start pukul 11 malam keatas.. pukul 9 dah collapse . ayah siap angkat naik atas lagi tu..tak pun kene hambat dengan kakna suh naik bilik.. sat lagi, kul 11 malam turun bawah balik, curik-curik turun balik.. tengok tv dalam gelap.. tapi pja pandai menyelinap ni since sekolah menengah la.. waktu sekolah randah baik banyak... huhu.. sound buat slow giler, biler dengar mak or ayah nak pergi toilet je, buat-buat tertido.. haha.. berlakon banyak.. 

Antara cerita-cerita yang pernah jadi kegilaan untuk menyelinap;

1. The Cave of The Golden Rose
    - siape tak pernah tengok citer ni kan..kan..kan.. citer pasal fantaghiro,  putera Ramualdo &    Tarabas.. lagend tau citer nih...


2. Aishiteiru to Itte Kure
   - Kisah pasal seorang lelaki bisu yang pandai melukis bercinta dengan seorang perempuan comel.. mase ni zaman kegilaan cerita jepun.. paling suke lagu intro dia.. Love Love Love / Dreams Come True





3. 10th Kingdom
   - Siapa suka filem non-fiction, hah, ni la makanan dia.. bape puluh episod ntah.. yang paling penting, cerita ni final episod dia betul-betul mase malam yang esoknya paper SPM lukisan kejuruteraan.. ramai giler yang mneylinap masuk bilik tv asrama dekat blok D semata-mata nak tengok citer ni.. disebabkan pja dah pro lukisan berlagak ok rase macam celah gigi je, tu yang sanggup nak menyelinap semata-mata nak tengok ending cerita ni..


lepas dari sekolah menegah dah tak menyelinap, memang pukul 3-4 pagi baru tido.. nak-nak ayah baru pasang astro time tu.. memang masyuk la tengok HBO time tu.. haha...

Jan 25, 2013

TASKA #1 - Sejarah

Assalamualaikum..

Dah jarang pja updated blog kan sekarang ni.. dengan bebanan kerja dan bebanan TASKA ni, pja dah tak dapat hadap pc lama-lama.. padahal banyak sangat nak kongsi.. tapi semuanya berlalu macam angin je..

Wah... sudah mula updated pasal TASKA... ok, pja cerita serba sedikit pasal TASKA ni.. asal pja minat sangat dalam bidang ni sebenarnye, pja memang minat sangat-sangat dengan kanak-kanak.. kami adik beradik duduk dekat Nursery sampai darjah 6.. means start dari tadika sampai darjah 6 tu, kami transit je la.. balik sekolah, mandi kat sana, makan, then mengaji.. pukul 6 mak ayah datang ambil.. dari situ, disebabkan pja besar & perempuan pulak tu, rajin la jugak tolong tengok-tengokan adik kecik-kecik tu.. tolong suapkan makan ke.. suka sangat rasenye..

Tapi ditakdirkan ayah tunjukkan laluan pada pja untuk jadi Civil Engineer.. pja tak salahkan ayah.. pja pun tak reti buat keputusan sendiri masa tu.. then pja ikut sampai la pja ada segulung ijazah Kejuruteraan Awam.. major Alam Sekitar walaupun sering berangan-angan suatu hari nanti pja akan ada TASKA sendiri.. nak jadi hikmahnya juga, till now pja belum ada pekerjaan tetap & bidang yang pja kerja sekarang since early 2012 berkenaan dengan tenaga dan PTD yang pja langsung tak boleh cope.. Disebabkan itu juga, pja kembali kepada minat pja..

Dari situ pja rajin study dan cari pelbagai peluang.. dan Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan tu pada pja.. bermula dari join Forum Bekerja Dari Rumah.. di Invite oleh Bondamama untuk dengar taklimat ringkas dan akhirnya Aug 2012 pja buat keputusan join Bondamama.. pja bayar RM5000 untuk licensing sahaja.. dan pja perlu bayar RM30,000 sebenarnya hanya untuk branding.. walaupun study dah dibuat, still tak cukup.. dari situ pja banyak join kursus & taklimat.. dari situ juga pja banyak belajar.. dan malangnya banyak juga cerita-cerita yang kurang enak pja dengar.. 

Hujung Nov 2012 pja buat keputusan untuk tarik diri dari Bondamama atas alasan tertentu dan juga masalah pinjaman.. sementara itu juga pja cuma beri tumpuan untuk selesaikan Kursus Asuhan Kanak-Kanak yang pja sertai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang selanjutnya..

Penghujung 2012, pja buat research semula dan berjumpa dengan beberapa orang yang dianggap pakar dalam bidang ini untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.. atas nasihat itu juga, pja terus gagah untuk berdiri atas kaki sendiri walaupun pada zahirnya pja kurang yakin sekiranya pja bermula tanpa sebarang "branding" dan sukar untuk dapat customer..

Awal 2013 pja mula semula pemburuan mencari 'tapak' untuk dijadikan TASKA.. Alhamdulillah, akhirnya pja temui tapak tersebut.. tetapi keputusan sukar perlu diambil.. antara rumah RM1500 untuk kawasan yang 50% strategik atau RM2500 untuk kawasan yang 100% strategik.. dengan modal yang amat kecik.. pja perlu kuat untuk terima sebarang risiko akhirnya pja memilih RM1500 dengan bersyarat Marketing perlu hebat.. 

Alhamdulillah pja ada suami yang sangat supportive walaupun kadang-kadang keputusan yang dia beri sangat menyakitkan hati.. haha.. sekurang-kurangnya dia membantu kan... sampai deal dengan agent dan tuan rumah pun dia yang tolong.. dari situ boleh nampak, lemahnya PR pja untuk negotiate dengan orang..kalau la bakal customer tahu.. habih pja di bolak baliknya.. hehe.. tak pe.. that's a learning process.. the best is.. owner rumah nak jumpe en. suami.. bukan pja.. kihkihkih...

So, jika tiada aral melintang, seawal-awalnya middle of Februari TASKA pja akan mula beroperasi dan selewat-lewatnya early of march.. fuh... hati berbunga riang saja.. memandangkan kontrak pun comfirm last pada hujung bulan 6 ni.. pja dah tak kisah.. starting julai, tumpuan pja hanya pada TASKA...

Nama TASKA?? sebelum ni pja daftar dengan SSM TASKA BONDAMAMA CERIA.. tapi nampaknya pja perlu bermula semula untuk cari nama TASKA yang baru dan pergi berdaftar semula dengan SSM.. Nama pun belum ada lagi..

p/s: sedih pulak rasa nak pisahkan insyirah dengan mama dia.. mama dia baik.. tapi rasanya tak mampu kot nak hantar insyirah.. after julai...

Jan 22, 2013

Decision Making

Assalamualaikum..

Setiap hari kita kena buat keputusan.. nak mandi dulu atau nak siapkan baju anak dulu, nak ikut jalan dekat tapi jem atau nak ikut jalan jauh tapi clear.. nak makan nasi or nak makan mee tangahari nanti, nak balik rumah terus or nak singgah mana-mana dulu, nak masak apa untuk dinner, nak buat apa lepas ni... semua itu perlukan keputusan..

Keputusan ciput macam tu mungkin mudah.. yang beratnya bila keputusan yang perlu kita pilih itu akan melibatkan kehidupan kita yang akan datang.. melibatkan kewangan yang beribu riban, melibatkan risiko yang BESAR, melibatkan macam-macam la...

Takut?? yes! pja seorang yang penakut nak buat keputusan.. bertambah dengan low self esteem, perkara ni pja perlu hadap untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi risiko yang lebih besar pada masa akan datang.. bagus juga.. pja belajar untuk membuat keputusan.. walaupun tak yakin dengan diri.. lemah longlai mengharapkan keputusan orang lain..

Perlahan-lahan memujuk diri sendiri supaya yakin dengan diri.. siapa yang akan bantu kalau bukan diri sendiri.. Trust your self pja!! ya.. Strategi itu penting.. memandangkan keputusan berat iut sudah dibuat.. pja perlu kuat melai hari ini.. kerja kuat!! Ya Allah.. permudahkanlah segala urusan aku... semoga aku tabah menghadapinya...

Jan 19, 2013

Selamat hari lahir

Assalamulaikum..

Sepatuynya entry ni di hantar semalam.. Tapi atas masalah tertentu, terpaksa ditunda.. Hari ni baru ada kesempatan untuk post entry ni..

Entry ni khas untuk anak dara tersayang.. Nur Insyirah Mohamad Nor yang pertama.. Tak de sambutan besar-besar pun.. Cuma adengan makan dan tangkap gambar je.. Tu pun dah ok.. InsyaAllah, de rezeki panjang umur hari lahir yamg seterusnya masa Insyirah dah pandai menghargai sesuatu.. Masa tu ibu buat ye..

Ibu doakan anak ibu menjadi insan yang bertanggungjawab kepada Allah, agama, Ibu Ayah, keluarga, masyarakat semuanya.. Jadi insan yang solehah, cerdik pandai.. Dan ibu nak insyirah tahu yang ibu &ayah sayang insyirah sangat-sangat.. Insyirah la harta ibu ayah yang tak ternilai..

*ni entry pendek je.. Entry penuh ibu post bila terluang nanti ye..


Jan 2, 2013

Tahun 2013

Assalamualikum...

Berlalu sudah tahun 2012 kini datang 2013.. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. haiiihh.. dah berhabuk pun blog ni.. last post bulan 11 2012.. ni dah bulan 1 tahun berikutnya.. terlalu banya suka duka dalam bulan 12 tu.. jadinya biarlah pja simpan jadi memori sahaja..

Dari aspek kerohanian seperti nak jadi insan yang lebih baik, semua-semua tu pja letak dekat azam masa tahun baru dalam kelendar islam.. sebenarnye itu lebih baik kan... sebab "buku" kita dicatat dan diangkat berdasarkan tahun islam kan.. kan..

So, untuk kelender moden ni pja cuma letakkan fokus seperti kerjaya dan arah tujuan hidup.. pendek kata yang duniawi la.. tahun ni fokus pja pada TASKA...

Kalau korang perasan pja adalah tepek MISSION kat sebelah tu kan.. 3 mission pertama dah capai.. tinggal 3 lagi yang kat bawah tu.. rasanya mission untuk jadi IR tu macam akan tinggal kenangan je.. sebab sampai sekarang pun pja masih belum kerja dengan tittle 'Engineer'.. haha.. loser... untuk mission nak beli SEMI-D tu masih ada harapan.. tapi pja kene bina kerjaya dulu la.. sebab tu pja amik keputusan untuk lompat terus pasa mission no 6...

Fokus pja, sebelum bulan 6 tahun ini, pja dah ada TASKA sendiri dengan hasil usaha sendiri... hhmmmmm.. macam dah ada bau-bau dah ni... hehe.. InsyaAllah.. korang doakan ye.... After tu, harapnya hilang la sebelah beban masalah yang membelenggu hidup pja sekarang.. I hate Energy, I hate Electrical, I hate PTD, I hate Sustainable Energy, I hated what I was doing a year ago.. dan TASKA ni sahaja cara untuk pja melepaskan diri dari segala ini...