Aug 15, 2012

Bersusah-susah Dahulu

Assalamualaikum

Bila kita berkahwin, bermaksud kita akan mula hidup baru.. maksud baru tu, rutin harian baru, suasana baru, keluarga baru, tanggungjawab baru, cara uruskan kewangan pun baru, semua la baru.. cuma sikit je mende yang lama macam kerjaya, tanggujawab kita pada Allah, Tanggungjawab pada ibu bapa..

Orang selalu berlumba-lumba mencari duit untuk persiapan perkahwinan yang gah-gah belaka, baju berhelai-helai, fotoshoot berjam-jam, kenduri bermalam-malam, tapi segelintir sahaja yang ingat untuk mengumpul untuk hari-hari selepas perkahwinannya.. bahananya, selepas kahwin, gaji walau beribu-ribu masih tidak cukup.

Bagi pja, after perkahwinan tu, kalau tak mampu, cukup sekadar kita menyediakan perkara asas sahaja seperti tempat tido, dapur untuk masak, kawasan yang selesa untuk berehat. selebihnya, perlahan-lahan la mengumpul.. tak perlu terlalu tersedak untuk penuhkan rumah seperti orang yang dah berkahwin 5-10 tahun..

Pja tak malu nak berkongsi cerita yang rumah kami miliki tv selepas insyirah lahir.. sebelum ni, kami cuma tengok tv melalui laptop dan internet.. menghadap tonton.com atau life stream tv1 & tv 2.. dan da best thing is, pja masih belum ada almari sebab kami pilih membeli barang mengikut keperluan dan kewangan.. lagipun kami dah ada drawer 4 laci untuk simpan pakaian.

Yang lelaki, tanggungjawab mereka untuk menyediakan keperluan untuk keselesaan isteri dan anak-anak.. tetapi dalam masa yang sama, yang isteri tak perlu la merungut bila ada kekurangan.. isteri kene faham keadaan kewangan suami.. jika perlu, kongsi bersama.. baru apa yang dikehendaki dapat dimiliki.. tetapi jika suami yang mampu menyediakan semuanya untuk si isteri, itu bonus la untuk mereka, jangan la isteri-isteri lain turut mahukan seperti isteri yang bertuah tu.. kita kene ingat, rezeki masing-masing.. mungkin kita kurang dekat sini, tapi InsyaAllah, kita akan lebih pada yang lain.. pegang la pada janji Allah..

Ada sesetengah isteri tu, mungkin sebab dia tengok suami dia kerja dibandar dengan gaji berjumlah besar walaupun sebenarnye jumlah tersebut hanya cukup makan dengan taraf hidup dibandar yang serba serbi mahal kecik darah.. dia fikir duit tu hanya untuk dia dengan harapan selepas kahwin mereka akan hidup senang.. kak oi.. kalau lelaki kau kerja jadi CEO sekali pun, tiap-tiap hari kene tarah, botak juga..

No comments: