Aug 28, 2012

Insyirah di kala 7 bulan..

Assalamualaikum..

Lain budak lain perangai... huuurrrmmm.. pening pale ibu dengan perangai insyirah sekarang..

1. Sejak dia masuk 7 bulan ni dia dah ada perangai baru.. kalau dia tak nak dengan orang, bantai cebik pastu menangis macam kene cubit... tapi comel... hahaha...

2. Dulu kurang nak bercakap, sekarang suka bercerita sorang-sorang, especially kalau dia nak tido.. konon macam bedtime story la... kihkihkih...

3. Tengok upin ipin sambil tergelak sorang-sorang memang dah trademark dia.. hehe...

4. Paling pening pale, bila dia pantang tengok ibu gerak walaupun 1 inci.. terus menangis meleleh air mata siap berhingus-hingus macam ibu nak tinggalkan dia.. padahal pi toilet je pun.. adooiii... time tu ayah pun dia tak layan..

5. Buat perangai dekat rumah BS.. mama dia kate, dia melalak-lalak bile tinggalkan dia.. ibu dah pesan kan... insyirah kene behave..

6. Sebut maaa & aba... haha... ibu dan ayah la... bukan mak dengan abah!!... kadang-kadang time dia tengah nangis, saje kaco dia. "pergi la dekat mak dengan abah tu...." lagi dia meraung... haha...

7. Pantang tengok orang makan, sure melalak nak makan jugak.. kene standby buah or makanan selalu...

Aug 15, 2012

Bersusah-susah Dahulu

Assalamualaikum

Bila kita berkahwin, bermaksud kita akan mula hidup baru.. maksud baru tu, rutin harian baru, suasana baru, keluarga baru, tanggungjawab baru, cara uruskan kewangan pun baru, semua la baru.. cuma sikit je mende yang lama macam kerjaya, tanggujawab kita pada Allah, Tanggungjawab pada ibu bapa..

Orang selalu berlumba-lumba mencari duit untuk persiapan perkahwinan yang gah-gah belaka, baju berhelai-helai, fotoshoot berjam-jam, kenduri bermalam-malam, tapi segelintir sahaja yang ingat untuk mengumpul untuk hari-hari selepas perkahwinannya.. bahananya, selepas kahwin, gaji walau beribu-ribu masih tidak cukup.

Bagi pja, after perkahwinan tu, kalau tak mampu, cukup sekadar kita menyediakan perkara asas sahaja seperti tempat tido, dapur untuk masak, kawasan yang selesa untuk berehat. selebihnya, perlahan-lahan la mengumpul.. tak perlu terlalu tersedak untuk penuhkan rumah seperti orang yang dah berkahwin 5-10 tahun..

Pja tak malu nak berkongsi cerita yang rumah kami miliki tv selepas insyirah lahir.. sebelum ni, kami cuma tengok tv melalui laptop dan internet.. menghadap tonton.com atau life stream tv1 & tv 2.. dan da best thing is, pja masih belum ada almari sebab kami pilih membeli barang mengikut keperluan dan kewangan.. lagipun kami dah ada drawer 4 laci untuk simpan pakaian.

Yang lelaki, tanggungjawab mereka untuk menyediakan keperluan untuk keselesaan isteri dan anak-anak.. tetapi dalam masa yang sama, yang isteri tak perlu la merungut bila ada kekurangan.. isteri kene faham keadaan kewangan suami.. jika perlu, kongsi bersama.. baru apa yang dikehendaki dapat dimiliki.. tetapi jika suami yang mampu menyediakan semuanya untuk si isteri, itu bonus la untuk mereka, jangan la isteri-isteri lain turut mahukan seperti isteri yang bertuah tu.. kita kene ingat, rezeki masing-masing.. mungkin kita kurang dekat sini, tapi InsyaAllah, kita akan lebih pada yang lain.. pegang la pada janji Allah..

Ada sesetengah isteri tu, mungkin sebab dia tengok suami dia kerja dibandar dengan gaji berjumlah besar walaupun sebenarnye jumlah tersebut hanya cukup makan dengan taraf hidup dibandar yang serba serbi mahal kecik darah.. dia fikir duit tu hanya untuk dia dengan harapan selepas kahwin mereka akan hidup senang.. kak oi.. kalau lelaki kau kerja jadi CEO sekali pun, tiap-tiap hari kene tarah, botak juga..

Aug 13, 2012

Babysitter

Assalamualaikum..

Anyway pja tak de masalah dengan BS sekarang.. Alhamdulillah, akak tu jaga insyirah dengan baik.. akak tu pun memang baik.. tak banyak hal.. Nuzul Quran yang lepas, dia siap bawak insyirah pi jejalan lagi sebab ibu dengan ayah insyirah je yang tak cuti.. pja pun tak tahu yang budak lain semua cuti..

Tapi yang jadi masalah sekarang, mulai 1 september akan datang ni pja akan ada kursus selama 2 bulan berturut setiap sabtu dan ahad dari jam 9pg hingga 5 ptg.. perghhhh.. mental..mental...harus kamu kental...

So, adalah macam bermasalah untuk dihantar ke opah nye digombak sebab akan berpatah-patah balik.. infact pja akan drive kereta dan en. suami perlu naik motor ke kelas.. agak rumit la masalah tu..

Jadinya kami berfikir untuk mencari BS yang sudi menjaga insyirah pada setiap sabtu dan ahad untuk September dan Oktober ini sahaja.. ada yang mahu kah??? sila angkat tangan!! area puchong of coz... but area kajang di taman mesra tu pun ok...

Aug 11, 2012

Perjalanan Baru Bermula

Assalamualaikum..

Tak tahu nak mula dari mana...

Hari ini setapak lagi pja kehadapan.. Alhamdulillah.. walaupun perjalanan masih jauh, ruang yang terbentang luas dihadapan jelas dimata pja.. Ramai yang sudi membantu.. terutama en. suami yang banyak beri dorongan dan pandangan, puan opah dan mak long yang banyak membantu dari segi sokongan dan kewangan...

Owhh.. tak lupa juga pada anakku yang tersayang Insyirah yang menjadi semangat ibu.. mungkin mulai september hingga november ni ibu akan sibuk sedikit.. ibu akan kurang masa untuk insyirah.. tapi ibu janji, lepas ibu selesai semuanya, kita akan bersama sentiasa...

Kepada kawan-kawan semua, doakan pja berjaya capai cita-cita pja ye.. thanksss...

Nota Kechik bangga : Saat-saat ibu dengan gembira memikirkan masa depan ibu, insyirah tunjuk insyirah dah pandai menyirap ke depan.. double happiness ibu hari ni!!!

Aug 7, 2012

Ditelan mati emak, diluah mati bapak..

Assalamualaikum..

Uol's ingat tak yang pja pernah citer yang pja tengah melaksanakan satu misi yang besar melibatkan hidup dan mati.. kahkahkah.. macam nak berperang je..

Sebenarnye pja dalam dilema.. pada asalnya pja dah berjanji dengan seseorang ini untuk sama-sama menjayakan misi ni.. but de other person macam lengah-lengah dan tak bersungguh.. sedangkan pja dah bersungguh dah..

Last 2 weeks, pja dapat tawaran dari satu branding untuk melaksanakan misi ni atas bantuan mereka. malangnya partner tu macam tak prefer under orang.. sedangkan bagi pja, untuk langkah pertama ni macam lebih baik kita duduk dibawah guideline seseorang..

Selepas tanya banyak orang, ramai yang suruh pja teruskan sahaja usaha pja bersama syarikat tu.. pikirkan apa yang terbaik untuk pja.. tapi dalam masa yang sama pja rasa serba salah untuk tarik diri dengan partner pja tu untuk sama-sama jayakan misi kami.. lagi pulak that person adalah seseorang yang sangat rapat dengan family pja..

Apa yang pja nampak, masa depan pja dengan branding ni sangat cerah.... tapi pja tak nak bermasam muka dengan orang yang pja sayang... macam mana nih?????

Aug 6, 2012

Cerita Rojak

Assalamualaikum..


Cerita rojak bukan bermaksud cerita tentang rojak.. tapi cerita yang bercampur-campur seperti rojak... Errkkk... tibe-tibe terliur teringat rojak dekat bulatan nak ke uniten tu.. haha


Hari ni Nuzul Qur'an... Kejap je kan puasa tahun ni?.. ke pja sorang je yang rasa kejap.. sejak ada insyirah ni yang terasa terlalu kejap bulan puasa ni.. 

Mana tak nye, seawal 4.30pg dah bangun, siapkan nasi untuk sahur, siapkan nasi insyirah, siapkan susu dia, pam pulak lagi untuk botol no.1,  pastu siapkan baju en. suami, kemas dapur semua bagai, tup-tup dah 6.30pg.. terus gelabah tak mandi & solat lagi.. sedangkang kul6.45 mesti dah gerak.. kalau tak, for sure merah!!

Pergi kerja ngokngek-ngokngek, pam susu sumer dah pukul 4.30ptg terus cabut balik.. jammed lagi.. sampai rumah dalam 5.00-5.20ptg.. masuk barang dalam rumah terus amik insyirah.. masuk je rumah balik, keluarkan ikan dari peti beku, defrostkan.. sambil tu solat kejap, then terus masuk dapur balik.. siapkan nasi insyirah untuk petang.. after tu masak.. then bila dia nak susu, buat tandem nursing, pam sebelah.. penat sangat rasenya.. pastu masuk maghrib, buka puasa, solat.. then tadarus dengan en. suami.. isyak en. suami pergi tarawikh, pja buat dekat rumah je.. nanti dalam pukul 10mlm, insyirah dah rengek-rengek tu, maksudnya dia dah nak tido.. kene la baring sama-sama dengan dia.. tak boleh tidak.. Selalunye dengan ibu sekali terlelap.. but tengah malam bangun buat kerja-kerja lain.. mane tak rase kejap..

Tambah pulak dengan kepenatan kerja.. semua bos cari pja.. (-_-) tibe-tibe rasa macam angel.. hahaha.. sebenarnye penat, bila kita kene cover semua even bukan part kita.. but dah namanya kontrak, kene la multitasking!!!  saje ulang ayat orang tu... but dari sudut positifnya pja belajar banyak perkara walaupun banyak yang pja frust.. orang lain tak nak buat tak pe.. pja buat, pja yang dapat ilmu.. kan..kan..kan.. rasa macam letih jugak bila yang mengelak tu yang memang ada basic background.. tapi pja yang terkontang-kanting kene buat ni berbackground civil nok!!!.. ermmm.. tak pe la, pja take it as a challenge.. kata-kata untuk menyedapkan hati.. haha..

Badan pja over penat la.. urrmmmm.. riso.. riso terpregnant.. kihkihkih.. pja buat family planning secara natural.. sebab tu kalau tak period macam risau je.. penat badan yang luar biasa pun adalah sesuatu yang menakutkan...

Hah!.. lagi satu, sejak puasa ni, after pam or susukan insyirah mesti pening pale.. pusing-pusing gitu.. ramai yang kata, ada rukhsah mengenai ibu hamil dan menyusukan anak untuk membolehkan berbuka.. but macam sayang je.. cuba bertahan selagi boleh.. but en. suami dah pesam kalau dah sampai pusing-pusing pening tu, tak yah la mudharatkan diri.. ada jugak pergi doctor.. dia sahkan pja hypotension... pergghhhh.. tibe-tibe dapat penyakit baru.. bahaya ni.. hope everything will be fine... 

Aug 3, 2012

Raya bakal tiba lagi...

Assalamualaikum..

Cetttt... puasa baru 15 hari, dah pikir nak raya.....

Haha.. bukan pja tak sabar nak raya, tapi lagu raya yang dah mula berkumandang disana sini...

Dah lama tak merasai keseronokan berhari raya.. yelah, masa kecik-kecik dolu seronok la.. balik kampung jauh-jauh, beli baju raya, bukan takat baju kurung, dapat baju kasual sekali, jumpa sepupu kat kampung.. pergi beraya dengan kawan-kawan, main bunga api malam-malam.. masa tu, raya macam heaven giler..

Bila dah meningkat remaja, raya tu raya la.. nothing special.. cuma yang seronoknye dapat jumpe cousins...

Tahun lepas nebes sebab 1st time raya dengan keluarga baru... keluarga mertua... tapi tahun ni hilang segala keseronokan kecuali keseronokan membeli-belah.. but bukan untuk pja.. untuk si budak kecik tu..

Mak aihhh.. baju dia saje.. ibu pun nak baju baru gak!!!