Jul 31, 2012

Hari ke-5

Assalamualaikum..

Hari ke-5 dalam bulan julai kelewatan!!!..

Haha.. tak de alasan ok..!

Sekian..........

Tapi pagi tadi ujan lebat sangat-sangat... kete macam kura-kura semuanya.. wiper yang paling laju.. kete belakang dah tak nampak sebab gelap.. nampak lampu je...

Jul 25, 2012

Solid Food#1 Sedap la ibu..

Assalamualaikum..

Letih juga belajar tentang solid food ni.. bape kali dah tersilap buat.. tapi insyirah tetap makan.. huahaha... 2-3 minggu sebelum perkenalkan makanan lagi pja dah mula study pasal solid food.. tapi almaklum lah anak pertama.. banyak sangat versi.. tu yang kejap macam pekat, kejap macam cair..

Untuk permulaan, pja bagi insyirah 1 sudu nasi + kurma +SI.. cair-cair je gitu.. memula tu agak meleleh-leleh la jugak.. dia macam tak reti nak gaul makanan dalam mulut.. lama-lama tu ok.. diam tak diam, dah 2 minggu insyirah makan.. kepekatan dia ala-ala air yogurt.. tapi tukar-tukar campuran.. 

Sofar insyirah dah makan carrot, ubi kentang, sawi, bayam, kismis.. menu tu je yang tukar-tukar dulu.. tapi bubur nasi tetap campur kurma..

Semalam pja hantar "bubur yogurt".. akak tu kate cairnye.. pja dah macam konfius... erkkk? malam tadi pulun la buat bubur kurma baru untuk insyirah.. buat puree apple(kebetulan apple kat rumah banyak).. then buat kentang & carrot.. puree apple je yang blend, yang lain semuanya tapis (ikut resipi dari blog).. tekstur dia berbutir halus tapi still lembut.. kepekatan pulak, puree apple tu je yang macam berair sikit.. yang lain tu semua macam pekat.. tapi tak sangat la..

Malam tadi suapkan puree apple tu dekat insyirah.. sofar dia tak tolak.. pagi tadi pja terus hantar bubur kurma + carrot.. dah pesan dekat akak tu suh cairkan sikit guna susu.. risau la pulak kalo dia tak cairkan.. bagi je terus pekat-pekat tu.. ermmm... InsyaAllah insyirah tak da paper..

Tapi kuantiti bubur sebelum ni pja bagi sikit je.. sebab nak bagi dia belajar je dulu kan.. next week baru bagi kuantiti banyak kot.. tapi pagi tadi akak tu gelak sebab pja bagi satu bekas kecik je.. haha... yela, sekarang ni insyirah cuma makan pagi sekali, petang sekali.. itu pun pagi je dekat rumah mama, petang ibu suap dekat rumah.. last week seminggu sekali.. sume sikit-sikit je sebab dia pun bukan nak makan sangat.. 

Semalam dah beli tofu, karang nak cari labu, pisang/ betik  dengan brokoli.. nak buat puree lagi...

Selamat memasak!!! 
food chart by food
Lupa nak share chart ni... good info for mommies.. kredit to http://wholesomebabyfood.momtastic.com/solidfoodchartbyfood.htm

Nota Kechik yang dirindui : macam main masak-masak pulak rasenye..

Jul 23, 2012

Semangatku Pergi~~

Assalamualaikum..

Pada saat ini, minit ini, jam ini, hari ini, ketika ini, semangat, kekuatan pja telah pergi.. jauh.. jauh yang sangat jauh... Ya Allah, kembalikan lah ia kepadaku... jatuh jua air mata ini..

Pada hari pertama pja melangkah masuk ke tempat ni, perasaan sangat berdebar.. pja melangkah untuk melakukan sesuatau yang bukan pja suka.. tapi demi mencari sumber pendapatan, ianya harus...

Setiap hari insyirah menjadi sumber inspirasi untuk pja terus kuat berada di tempat ini.. semua tugasan yang mendatang dianggap cabaran.. walaupun tiada langsung ilmu berkenaan dengan ini.. Alhamdulillah dikurniakan orang atasan yang sangat memahami dan bertolak ansur...

Tapi, selepas kemunculan orang itu, kekuatan itu mulai rapuh, rapuh dan terus tersungkur.. pja seperti tidak dapat bertahan lagi... 

Ya Allah, permudahkanlah urusan ku.. Kuatkanlah semagat ku... Engkau tenangkanlah hatiku... Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala apa yang terbaik buat diriku, anakku, suamiku, dan kaum keluargaku...

Jul 18, 2012

Suka Duka Breastfeed #9 - 6 Month ago

Assalamualaikum..

6 month ago, time ni ibu tengah telantar atas katil tau insyirah.. insyirah tido lena dalam inkubator.. ayah de, opah de, ramai yang datang lawat.. tapi ibu terbaring je.. ibu pun baru bape jam lahirkan insyirah.. insyirah minum susu ibu pun terpakse orang tolong.. 6 bulan kini insyirah dah beso pun.. dah tak muat inkubator.. tengah sedap buat kek kuning lagi.. haha...

Alhamdulillah, sehingga 6 bulan ni, rezeki insyirah minum susu ibu secara exclusive.. yeay!! insyaAllah kita berusaha lagi 1 1/2 tahun lagi ye..

Nurse dah suruh insyirah makan.. 1st makanan insyirah nasi + kurma + susu ibu.. tapi insyirah macam tak reti makan mase 1st time tu.. kali-2, ke-3 baru macam ok.. but insyirah macam tak berminat sangat nak makan.. lepas tu ibu amik nasi kurma tu campurkan dengan karot.. pun insyirah makan.. macam biasa, makan tapi tak banyak.. opah kata nsyirah kenyang susu kot.. sebab tu tak bape minat nak makan..

Tapi tak pe.. ibu akan tetap selalu masak untuk insyirah..

Jul 10, 2012

Luahan Hati

Assalamualaikum..

Lama sangat rasanya tak mnegtuk papan keyboard ini untuk meluahkan perasaan. balik-balik buat paper yang ntah apa-apa tu.. tak pun buat draf surat.. tak pun bagi input untu speech menteri.. tak pun jaab soalan untuk menteri or kementerian.. urrgghhh... 4 bulan sebagai ptd membuatkan pja tak suka kehidupan sebagai ptd..

Pja family type.. apa-apa pun pja akan utamakan family.. salah ke? pja tak suka balik lambat.. kesian kat insyirah bila masa dia bersama pja di'curi' orang.. pja tak suka orang sentuh weekend pja.. tapi atas tuntutan kerja yang penting mungkin boleh consider.. bukan untuk sesuatu yang buang masa..

Jam tepat pukul 5 sekarang.. bangun 4 pagi semata-mata nak buat slaid presentation untuk 'mereka-meraka'.. kemas barang untuk pergi kursus esok hari.. malam tadi migrain memikirkan timbunan kerja atas meja yang tak tahu bila boleh disiapkan memandangkan esok direct dari esok sehingga jumaat untuk kerja luar.. sambung pula pada 17-19 Julai... 

Sedey memikirkan akan bermalam tanpa anak.. boleh ke insyirah? boleh ke insyirah tido tanpa ibu? tanpa nenen ibu.. malam tadi masa migrain pun terkial-kial ayahnya memanaska susu atas dapur.. sehinggakan si kecik tu menagis sekuat hati.. ibu mana yang sampai hati melihat anak sebegitu rupa.. bila susu dah siap pun dia refuse susu tu.. kesian si ayah yang gigih memanaskan susu tapi si anak menolak kerana dia mahu tido dengan nenen ibu dia.. 

Baru 2 minggu dia masuk pejabat, huru-hara sudah hidup kami.. stress... setiap hari balik rumah dengan urat tengkuk yang tegang.. Ya Allah, permudahkan la urusanku.. Tenangkan la fikiranku.. Ikhlaskan la hatiku...

Aku benci dia!! aku benci bila dia buat macam ni.. aku banci bila dia tiada sikap perikemanusiaan.. aku paling benci bila dia suruh letak insyirah dimana-mana dan suruh aku berkerja.. bos aku boleh bertukar.. kerja aku boleh cari kalau kau nak ternimate aku kerana rezeki itu dari Allah.. tapi anak, tiada gelang gantinya.. kau tiada anak kau boleh kata macam tu.. kalau kau ada anak memang malang sungguh berbapakan kau yang tidak memikirkan perasaan anak kau.. mungkin sebab itu juga Allah tak beri kau anak sebab kau tak mampu jadi bapa yang baik untuk anak kau!!

Kalau aku berundur bermaksud aku lemah, aku kalah.. dan ianya hanya akan membuatkan dia tersenyum gembira... Wahai hati, kuatkan la semngat mu... Allah sentisa bersama mu... mungkin ada hikmah disebalik tangisan kamu, disebalik kesusahan kamu, disebalik kesukaran kamu.. ini baru ujian dunia sayang...