Assalamualaikum
Cube korang bayangkan bila pembinaan Pusat Memproses Nadir Bumi LYNAS ADVANCED MATERIALS PLANT (Lamp) mengulangi sejarah Love Canal???
DISASTER!!
Love Canal?? ape tu love canal?
DISASTER!!
Love Canal?? ape tu love canal?
Mungkin ramai yang tak tahu, tapi pja yakin, siapa yang dalam bidang environment ataupun yang sangat concern tentang environment mesti tahu tentang sejarah love canal ni.. secara ringkas pja terangkan..
Love canal ni bukan la terusan cinta macam tempat orang bercinta asmara bagai tuh..
Tapi love canal ni nama sebuah terusan yang terletak berhampiran dengan Niagara Falls.. [sape tak tahu Niagara falls tu, sila buka buku geografi ye..]
Disaster ni berpunca dari kerasukan, ketamakan pemimpin yang hanya pikirkan keuntungan tanpa memikirkan masa depan rakyatnya sendiri..
Memula Hooker chemical and Plastic Corporation ni beli tanah kawasan tu untuk buat tampat buang sisa toksik.. tapi bila landfill tu dah ditutup, diorang dah cover bebaik, Pihak Kerajaan beli kawasan tu dengan harga yang sangat tinggi untuk bina sekolah dan kawasan penempatan..
Selepas 20 tahun, Akhirnya bila permukaan yang cover sisa toksik tu gagal, bahan toksik pun naik ke permukaan menyebabkan semua penduduk dekat love canal tu dapat penyakit.. bagi penduduk yang tahu sejarah love canal dah cabut awal-awal, tapi yang tak tahu semuanya kene masalah kesihatan terutama kepada ibu mengandung dan anak kecil.. ade yang gugur, baby diorang cacat, kene leukemia, kecacatan kromosom.. macam-macam la..
Kalau korang nak baca cerita yang lebih detail, boleh baca dekat sini.. atau search je love canal.. memang banyak..
So, tepuk dada tanya la hati.. Korang nak ke bende yang sama terjadi dekat Malaysia.. Tu sume masa depan anak cucu kita.. sanggup ke kita lihat mereka menderita???
No comments:
Post a Comment