Assalamualikum..
Selamat Bertemu Sayang~~
Serius Ibu Nangis dengar tangisan pertama awak...
Ibu mula demam pada ahad, 15 januari 2012.. Tapi ibu kene kuatkan semangat ibu untuk pergi kerja sebab Isnin, 16 januari tu ibu baru nak lapor diri dekat tempat kerja baru ibu.. ibu tak larat sangat-sangat.. rase nak menangis.. tapi kenangkan ibu kene kuat.. ibu gagahkan jua..
Pukul 5.30 ptg, ayah datang jemput ibu balik dari kerja. ayah bawak ibu pergi klinik. Pastu doc kat sana kata ibu dehydrate.. dia terus rujuk ibu ke hospital Serdang sebab ayah kata sana paling dekat & tak jammed.
Sampai sana ibu kene tahan wad.. dalam pukul 11 lebih ibu naik wad. tibe-tibe pukul 12 pagi air ketuban ibu pecah.. ibu terkejut sangat dan takut.. nasib ayah masih temankan ibu.. ayah panggil nurse. kemudian nurse bawak pergi jumpa doc.. dia cek ibu, dia kate bukaan ibu dah 2cm..
Selasa, 17 januari ibu kene drip air.. pagi tu botol yang ke-3.. lepas tu doc kate dia nak amik darah ibu 3 kali sehari.. sementara tu, dia suruh ibu tunggu sampai kontraksi capai 5 minit sekali.. dalam mase yang sama jugak, air ketuban ibu masih keluar.. dari pagi ibu asyik kene cucuk je.. sampai sakit tangan ibu.. sampai dekat punggung pun dia cucuk juga.. inject ubat untuk kembangkan paru-paru baby..
Rabu, 18 januari ibu tanya doc pasal kedudukan anak ibu.. sebab anak ibu kan suke main pusing-pusing lagi.. sebab anak ibu kecik, air pun banyak.. jadi anak ibu tak nak duduk diam.. rupa-rupanya doc tak tahu kepala anak ibu dekat atas.. terus doc call unit emergency nak sahkan.. waktu tu berlaku la beberapa kekecohan.. pada mulanya doc bagi ibu pilihan samada nak bersalin normal atau ceasarean.. mungkin sebab pertama kali, dan doc bagi penerangan sejelasnya termasuk kemungkinan yang bakal berlaku.. ibu jadi takut sangat-sangat.. ayah yang tengah final exam pun terus keluar dewan..
Tak tertahan-tahan air mata ibu.. After tu, pakar datang.. terus dia kata ceasarean.. lagi la ibu takut.. doc cek ibu.. dia kate air ibu dah tinggal sikit sangat bukaan pun dah buka 4 cm.. doc kata emergency.. tapi ayah tak sampai lagi.. air mata ibu dah tak benti mengalir.. sedangkan waktu tu nurse dan doc sumer tengah siapkan ibu.. masukkan tiub air kencing, cukur, bukak semua termasuk tukar baju.. dah nak keluar tu, lega hati ibu biler tengok ayah ngan opah dah sampai..
Pukul 1 petang, ibu masuk labour room, tepat pukul 1.24 petang, syahdu nya hati ibu bila dengar tangisan pertama baby... lepas tu diorang tunjuk kat ibu.. tak sabarnya nak peluk.. pukul 3 lebih ibu dah selesai baring semula dekat katil ibu.. Indahnya perasaan masa tu tengok baby dekat sebelah ibu & susukan baby..
Ibu duduk dekat hospital sampai hari jumaat, 20 januari.. masa tu ibu dah tak larat sangat.. sebab ibu tak larat baru lepas operation, tambah ibu demam, tangan ibu dah bengkak sampai ibu tak larat nak tampung berat baby pun.. segalanya pun ibu kene buat sendiri.. sampai ibu cakap dekat doc, yang tangan ibu dah sakit sangat.. nasib baik tiap hari ayah ngan opah datang toloong buatkan macam-macam untuk ibu..
Akhirnya petang tu ibu berjaya jugak keluar.. ayah datang dalam pukul 5, uruskan bil & dokumen.. kita pun balik rumah.. Alhamdulillah, segalanya sudah selamat..
2 comments:
Alhamdulillah, tahniah fiza...
ayoooo akak lak nanges baca hu3,....
congrats again fiza...
Post a Comment