May 25, 2011

Big Thanks~~

Assalamualaikum...

Disini pja dan suami nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak-pihak yang telah bertanggungjawab dalam menjayakan dan melancarkan majlis pja pada 13, 14 dan 22 mei yang lalu.. jasa kalian akan kami kenang dan hanya Allah dapat membalasnya...

Jutaan Terima kasih kepada :

Andaman aby - Andaman + pelamin majlis nikah & bersanding
Captivated Crew - Official Photographer
Seri Mayang Katering - Katering majlis bersanding
Sweet Natalyn Delight - kek kahwin yang paling cun~~
Simplisiti Studio - Official Videographer
She-kin Bridal - Andaman + pelamin majlis Bertandang
Kak nurul (lupe nama official) - katering majlis nikah
Villa Ukhuwah - Lokasi Majlis bersanding
Kak nik & abg rahim - Katering majlis Bertandang
Rumah rehat KKB - Lokasi Majlis bertandang

Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada kedua ibu bapa kami.. En. Amiruddin, Pn. Bahariah, En. Mas'ud. Pn Harisah.. Restuilah perjalanan hidup kami.. We love you so much!! [ni yang tak best ni, masuk bab mak ayah, terus nak nangis... hehe]

kepada Pengapit kami yang hensem lagi cun... Firdaus & siti... thanks ya... penat korang layang karenah kitorang... jasa mu dikenang... nanti kawen kami all out pulak ye... [siti... klo aku dah ada anak, nak pinjam jd flower gurl/boy pun boleh.. haha]

Ermmm... kepada kaum keluarga & sanak saudara yang laen.. thanks...

Tak lupa juga pada kawan-kawan yang banyak membantu tak kira la dari segi tenaga atau moral support...
eira, lan, muaz... sape lagi erk kawan-kawan y all out...
hah....
tak lupe jugak pada kawan-kawan yang sanggup datang dari jauh,
team poli : shai, jijah, mek, atun, sarah, bob, amir, yan, anas, joi, BAE!!, fahmi..
team uthm : yat, kak ina, mimi, yana, anis, diana, juju, arun, meimei, nuzli, daus, wawa, nash, why, hairi & isteri...

owwhhh.. kawan-kawan sang suami petang karang pja masukkan ye~~

THANKS SUMER.....
Doakan perjalanan hidup kami......

nota kechik yang tak berapa nak kechik: nak upload gambar kek, tp tak dapat lg.. so harap bersabar ye~~






May 22, 2011

Hari Ke-3 menjadi raja sehari

Assalamualaikum~~

Hai.. Hari hari ke-3 pja jadi raja sehari.. kali ni majlis bertandang dekat kkb pulak..

Kak lela sebagai mak andam.. asyik panggil kak lela jew, sampai lupa nama andaman.. klo tak silap, shikin bridal.. diorang tak da website...

Hmmm.. after diz mesti rindu nak maen makeup-makeup, pakai baju cantik-cantik... syok jew kene makeup... ada event laen tak nak maen makeup-makeup lagi???

Ok la, pja nak bersiap dah.. jap lagi pukul 8.30 my hubby nak sampai amik pja kat gombak.. kami nak makeup dekat batangkali..

Kawan-kawan yang tak dapat hadir kat titiwangsa hari tu, mari la ramai-ramai datang ke Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu k...


nota yang terlalu kechik : Pssstttt... malam tadi mimpi orang kat opis... urrggghhhh.. tak kan aku dah rindu kat diorang kot... haha...

May 20, 2011

Cerita dah kawen #2 -Photographer-

Assalamualaikum..

Tak abih-abih promote mak andam kan... biler nak promote photographer plak kan..kan..

Ramai jugak yang dah tengok gambar kawen pja dan ramai jugak yang puji kata cantik.. Alhamdulillah, InsyaAllah kami buat pilihan yang tepat memilih Captivated Crew atau sebelum ni A.K.U. Photographer sebagai vendor kami..


Bukan orang dalam gmbar tu yang cantik tau.. tapi gambar tu sendiri yang cantik hasil kerja tangan mereka-mereka ni.. hehe..


Kami rasa berbaloi sangat-sangat habiskan beribu untuk gambar-gambar ni.. yang penting, semoga gambar-gambar ni dapat jadi kenangan abadi yang paling manis sekali.


Uol's semua boleh tengok banyak lagi gambar-gambar kami dekat facebook untuk majlis akad nikah dan majlis bersanding..

Tunggu gambar untuk majlis bertandang pula ye!!!

See u Soon!!

May 18, 2011

Tiada Tajuk

aku diam tak bermaksud aku rela..
aku senyum tak bermaksud aku suka..
aku boleh consider, tp tak bermaksud kau boleh membelakangkan aku...


Cerita dah kawen #1 -Goodies-

Assalamualaikum..

first review pja untuk kenduri kawen ni pasal DIY paper beg pja..

Actually pja tak banyak gambar.. tak sempat pun nak amik gambar mende2 yang pja dah buat tu.. kalo ada ni pun, godek2 kat fb orang jew..

ok, paper beg ni pja buat sendiri dari tag, lukis, reben semuanya..
paper beg tu pja beli dekat kedai borong je, lukisan tu pja lukis sendiri, then gunting reben, tag terima kasih pun pja buat sendiri...

walaupun tak cantik sangat, tapi sangat puas hati sebab buat sendiri!! less cost!!

so, sape yang b2b tu, tak de idea nak buat paper beg ni, boleh la wat..
kalo nak pja buatkan pun boleh, just email k...
pja sedia terima tempahan...

nota kechik : pja kan buat bizness ni secara serius.. so any b2b y berminat, boleh email pja ke mrshillview@gmail.com, buat permulaan, pja akan bagi harga promosi sebagai costumer terawal..

kini~~ bujang berdua..

Assaalamualaikum..

Kini pja berstatus isteri kepada suami tercinta Mohamad Nor bin Mas'ud.. dia la en tunang @en bakal suami @ pakcik yang pja selalu sebut-sebut tu..

setelah seminggu lebih pja berehat dari berblogging, InsyaAllah, pja akan start balik dalam masa terdekat nih..

tunggguuuuuuuuu...

May 9, 2011

May 6, 2011

Background Music

Cer korang dengar lagu kat mixpod pja..
haha..
De 4 buah lagu kahwin...
So, enjoy!!

Cuak..cuak...
Majlis dah dekat sangat...

Ni jumaat last as a single..

Pasni dah doubLe..
doUbLe????
Dah bujang BERDUA la..

Nota kecik : saje tukar lagu ni.. nak amik feel~~ supaya senyum sentiasa~~

May 5, 2011

Cerita Mau Kawen #8 -Tetamu VIP-

Assalamualaikum...

Bagi korang, sape tetamu VIP dalam majlis kenduri kawen korang???
Plizzzz.. tolong feedback...

Actually mende ni timbul sebab Bottle VIP yang pja sediakan..

Ikut rancangan asal, bottle tu disediakan just untuk rombongan pihak lelaki.. tapi atas sebab ada yang suruh pja lebihkan jumlah bottle tu, pja beli la lebih...

Sepatutnya pja cuma perlu sediakan 50pcs je.. but, malas nak bising, pja tambah lagi dan menjadikan jumlah bottle tu 150 pcs... budget pja dh lari 2 kali ganda.. mana tak nya, botol tu dah memang tentu la.. reben lagi, kertas sticker, kertas tag, tali lagi, makanan untuk letak dalam botol tu lagi.. banyak.. geram gak sebenarnya... [belum kire masa & tenaga yang diperlukan plak].. pastu bila botol tu dah siap 80%, tiba-tiba kata tak cukup plak.. takut ramai VIP.. hah????

Bagi pja la kan, senarai VIP adalah berdasarkan majlis.. contoh majlis tari menari diraja, mesti la kerabat diraja tu yang tetamu VIPnya.. kalau majlis pelancaran TBM, mesti la Pengarah, Ir. Arshad, Mr Kawata VIPnya.. Ikut majlis la..

Means, pahaman pja, VIP untuk majlis kawen pja adalah Rombongan pihak lelaki & Saudara-mara (Orang Tua*).. Ofcoz la kan.. tak kan rombongan lelaki datang jauh-jauh, tiba-tiba nak kene beratur amik makanan, then tatang lauk tunggu meja kosong.. tentu-tentu la kita bagi diorang meja khas kan..

So, tidak bermakna orang berpangkat/VIP dekat sesebuah syarikat/organisasi adalah semestinya VIP dekat majlis kawen kita... betol tak? betul kan pja kalo pja salah...

Katanya takut orang kecik hati bila kita pilih-pilih orang nak bagi botol tu... adusss... kan dah bagi goodies sorang satu.. kira ok la.. botol tu pja suruh bagi dekat sedara-mara je.. apa yang nak dirisaukan dengan 'terasa' VIP tuh.. yang tetamu lain pun tak kan nak terasa kot..

Hishh.. malas betul la nak gaduh-gaduh nih...

Dah..dah.. SMILE :)


Nota kecik : Orang Tua bermaksud golongan senior dalam susur galur sesebuah keluarga..

May 2, 2011

Pilih antara DuA


1: Terus mengharap supaya kontrak akan bersambung pada julai ini & berhenti bila bisness dah stabil...

atau

2: Fokus pada bisnes terus.. julai ni kontrak disambung or tak, berhenti terus...

May 1, 2011

Cerita Mau Kawen #7 -Tudung-

Assalamualaikum..

Jumaat lepas pja dapat mesej dari kak aby kate nak fitting baju hari ni.. tapi lepas bincang-bincang sikit pasal jadual, fitting tu ditunda ke hari esok..

Actually, kak aby memang dah bagi tahu awal-awal yang dia tak provide tudung mase bersanding.. it's ok, nevermind...

Tapi sebab sikap lengah-lengah pja, tudung memang belum cari lagi.. then bile kak aby mesej kate nak fitting then kene bawak tudung sekali, baru la gelabah nak cari tudung...

mission: tudung awning warna grey..

Tadi pusing satu Jalan Tuanku Abdul Rahman... dengan hujan lebat... mak pulak nak sama-sama cari tudung.. memula tu haru-biru jugak la.. pja nak cari tudung untuk sanding, yang mak dok sibuk soh tengokkan tudung dia... arrghhh sikit tension!!.. dah la punya susah nak cari warna grey.. pattern yang nak pun tak de..

Bila hujan dah lebat sangat, mood pun dah hilang la.. kebetulan pusing kat satu tempat kat jalan TAR tu, tibe-tibe dapat idea... tu pun sebab pja terpandang tudung kosong warna grey yang RM10.. pja beli tudung tu, pja terus hantar pergi iron batu..

Memula ingat nak amik batu swarovski yang mahal cikit tu.. tapi pattern tak banyak.. so amik je la batu biasa tu RM15.. terus iron kat ctu, 10 minit je.. tibe-tibe mak pun ngade-ngade nak iron batu jugak... oleh sebab kitorang iron 3 helai tudung skali, ower kedai bagi kurang + tak amik harga upah.. thanks auntie!!..

so, total tudung pja RM 25 jew dengan pattern batu yang dipilih sendiri... :)

Pada sape-sape yang bakal pengantin tu tak tahu nak cari tudung, beli je lycra RM10 tu, then pi iron batu.. murah & puas hati..

Nota kecik : After fitting baju sok, nak p amik kunci, basuh rumah & hantar barang..
nota kecik lagi : kalo nak tengok pattern tudung tu, gambar akan diupload kemudian..

Cerita Mau Kawen #6 - Rumah Sewa-

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. masalah rumah dah settle.. kami dah dapat rumah dekat Puchong Prima.. Sebelah Puchong Perdana..

Sebenarnye banyak gak rumah yang kami shortlist kan.. [sangat susah ok ak dapatkan rumah yang betul-betul berkenan dihati + mengambil kire segala jenis faktor]..

Ada rumah yang ok, harga ok, siap ada furniture, tapi envi dia... (T_T) nangis jap.. pja rase, kalo balik malam sorang-sorang tak kuar kete sampai en suami amik kot..

Ada rumah murah, 2 tingkat, 4 bilik, 2 bilik air, tp...... maintanance OUT!!... seram siot tengok rumah tu.. [ada ke patut, saluran najis boleh letak dekat hall.. sat lagi orang flush kat atas, bunyi air tu atas pale tetamu yang tengah makan kat bawah]

Ada jugak rumah tu.. boleh kata quite ok la... alih-alih parkig tak boleh blah.. orang-orang yang dah dok lama kat situ siap buat 'private parking'.. letak botol minyak berisi air warna merah kat petak parking.. ada tu letak flower stand.. reason? tak nak bagi orang masuk parking dia.. kalo masuk gak, menangis la korang tengok kereta korang pagi esoknya..

Last-last, rezeki tu dipihak kami... atas pertolongan kawan en tunang, dia tolong tanyakan dengan pihak management.. kebetulan ada owner yang minta tolong management carikan penyewa.. nak jadi rezeki kami jugak, kawan en tunang tanya tepat pada masanya..

First time masuk kawasan rumah tu, tenang la.. pagi tadi pergi deal dengan owner + tengok rumah.. masuk je rumah, sejuk je rasa.. tenang...Rumah tu tak la besar sangat.. 3 bilik [1 kecik], 1 bilik mandi, 1 toilet.. ok kot.. cuma masalah rumah tu ada 1 kipas je dekat hall.. but not big deal.. boleh settle mende tu.. owner pun ok, tak de masalah, senang nak nego..

Kami pun bagi keputusan tak lama.. pergi tengok dalam pukul 12.20 tengahari.. pukul 2.30 ptg kami dah bagi kata putus untuk amik je rumah tu.. Maybe rasa kecik, tapi ok la untuk kami yang masih 'bujang berdua' nih.. hehe... tapi yang penting, rumah tu apartment groundfloor okeh!

Sekarang ni cuma tengah tunggu nak amik kunci diz monday, settlekan deposit sekali.. then sign agreement.. [bayaran agreement pun ditanggung oleh owner :D] by the time, next week dah boleh hantar barang yang sudah menyemak dalam bilik pengantin nih..

p/s: fuh.. lega, harini dapat selesaikan 2 masalah besar...