May 5, 2011

Cerita Mau Kawen #8 -Tetamu VIP-

Assalamualaikum...

Bagi korang, sape tetamu VIP dalam majlis kenduri kawen korang???
Plizzzz.. tolong feedback...

Actually mende ni timbul sebab Bottle VIP yang pja sediakan..

Ikut rancangan asal, bottle tu disediakan just untuk rombongan pihak lelaki.. tapi atas sebab ada yang suruh pja lebihkan jumlah bottle tu, pja beli la lebih...

Sepatutnya pja cuma perlu sediakan 50pcs je.. but, malas nak bising, pja tambah lagi dan menjadikan jumlah bottle tu 150 pcs... budget pja dh lari 2 kali ganda.. mana tak nya, botol tu dah memang tentu la.. reben lagi, kertas sticker, kertas tag, tali lagi, makanan untuk letak dalam botol tu lagi.. banyak.. geram gak sebenarnya... [belum kire masa & tenaga yang diperlukan plak].. pastu bila botol tu dah siap 80%, tiba-tiba kata tak cukup plak.. takut ramai VIP.. hah????

Bagi pja la kan, senarai VIP adalah berdasarkan majlis.. contoh majlis tari menari diraja, mesti la kerabat diraja tu yang tetamu VIPnya.. kalau majlis pelancaran TBM, mesti la Pengarah, Ir. Arshad, Mr Kawata VIPnya.. Ikut majlis la..

Means, pahaman pja, VIP untuk majlis kawen pja adalah Rombongan pihak lelaki & Saudara-mara (Orang Tua*).. Ofcoz la kan.. tak kan rombongan lelaki datang jauh-jauh, tiba-tiba nak kene beratur amik makanan, then tatang lauk tunggu meja kosong.. tentu-tentu la kita bagi diorang meja khas kan..

So, tidak bermakna orang berpangkat/VIP dekat sesebuah syarikat/organisasi adalah semestinya VIP dekat majlis kawen kita... betol tak? betul kan pja kalo pja salah...

Katanya takut orang kecik hati bila kita pilih-pilih orang nak bagi botol tu... adusss... kan dah bagi goodies sorang satu.. kira ok la.. botol tu pja suruh bagi dekat sedara-mara je.. apa yang nak dirisaukan dengan 'terasa' VIP tuh.. yang tetamu lain pun tak kan nak terasa kot..

Hishh.. malas betul la nak gaduh-gaduh nih...

Dah..dah.. SMILE :)


Nota kecik : Orang Tua bermaksud golongan senior dalam susur galur sesebuah keluarga..

No comments: