Tetibe macam nak promote pulak eh.. hehe..
Alkisah nya khamis yang lepas, pja ajak en. sumai pergi shopping.. almaklum lah dah lame tak shopping.. kebetulan pulak pja betul-betul perlukan baju dalam baru sebab preggy kan.. yang zaman anak dara punya tu dah tak mampu nak tampung susu yang tengah produce untuk si baby, sampai sakit-sakit.. tu yang ajak en suami kuar... dan kebetulan jugak adik ipar nak pergi cari barang..
Dan-dan tu ajak pi IOI Mall.. sebab senang nak cari benda yang diperlukan tu... last-last masuk JJ.. tengok-tengok tengah sale..
Rambang mata ok.. tapi sebab berpegang pada apa yang nak dibeli, terus je la ke tempat yang dituju.. So, dapat la sehelai baju preggy & baju2 dalaman... Ofcoz kat situ je dah habis beratus.. tapi Jcard dah expired.. terus la en. suami renew..
En. suami pun sempat sambar selai suar keje yang baru.. then dekat luar JJ dia borong jeans & kemeja selai dengan harga rm 39 & rm 20 tiap satu.. gile murah kan??
__________________________________________________________
Nota kechik yang penting & panjang:
Pja amat amik berat tentang kualiti sesetengah barang yang nak dibeli.. contohnya bagi ladies, baju dalam.. mungkin mende ni agak closed sikit.. tapi tak salah kita nak berkongsi sesuatu demi untuk kebaikan bersama kan...
Ada orang pernah tanye kat pja, nape ko suke beli Bra mahal-mahal? Sekarangkan banyak yang murah..
Jawapannya :
Bukan mahal, tapi beli tu biar la yang berkualiti sikit.. sebab lebih tahan lama.. Tapi ikut kemampuan jugak la.. banyak brand yang kita boleh pilih, cam Triumph, Pierre Cardin, Sloggi.. tapi kalo rasa nak yang murah sikit tapi masih berkualiti boleh beli Skiva, Audrey dan banyak lagi la..
Dari kecik mak ajar pakai brand macam tu sebab katanya tahan lama.. memang pun.. pakai 3-4 tahun pun getah dia still ok.. paling teruk pun kain dia koyak or besi dia terkeluar.. kurang-kurang kalo takat besi terkeluar boleh buat pakai tido kan.. Still tak membazir.. Support dia still ok.. Material pun bagus..
Banding beli dekat kedai borong dari china, or yang selai rm10 tu.. baru pakai 2-3 bulan, getah dah loose.. bila pakai getah belakang dah tertarik sampai atas.. tak pun bile angkat tangan breast terkeluar dari cup bra.. itu tandanya bra tu dah tak sesuai tau.. dah tak mampu sokong breast kita & layak ditukar.. Disebabkan tu muda-muda lagi nanti breast dah jatuh.. jangan weh.. tu aset tuh.. kene pandai jaga..
So, mana yang lebih ekonomi? sendiri la yang jawab.. Orang kata "bijak membeli, menang memakai"..
No comments:
Post a Comment