Assalamualaikum...
Raya tahun ni banyak sangat perkara yang tak disangka-sangka.. banyak jugak perkara yang berubah secara drastik..
Macam entry pja sebelum ni pja de bagi tahu kan pasal berdebar raya tahun ni sebab pertama kali raya dengan keluarga mertua..
Tapi bukan tu saja yang buat raya ni berbeza dari tahun-tahun sebelum ni... Sebenarnya penat yang bertimpa-timpa tu yang buat raya tahun ni sangat berbeza.. Bermula dengan buat kuih raya yang banyak sampai bawak balik bahan pergi rumah mak.. siapkan jugak, de jugak yang nak tempah tapi kami tolak cara baik.. sampai demam-demam..
Tambah pulak Banjir dalam rumah pagi Isnin sehari sebelum raya.. Akhirnya kami tinggalkn rumah dalam keadaan basah dan sangat berselerak... Pagi raya seperti biasa cuma tak da lemang jagung nenek & randang ayam mak.. rindu okk!!!!
Petang tu pja dapat berita ayah demam tak kebah-kebah.. dan dia asyik cakap anak dia tak balik lagi, anak dia tak cukup.. dapat je mesej tu terus nangis.. even dekat rumah orang, dok tahan-tahan air mata.. rasa macam malam tu jugak nak terbang balik parit.. mayb sebab faktor, dari kecik sumer orang kata pja rapat dengan ayah.. pja tak rasa, tapi bila jadi camni, boleh pulak nak nangis melalak walaupun mak kata ayah tak de apa cuma rindu je... damn... memang sedey..
Pagi tu memula kami janji nak jumpe kat sitiawan terus.. tapi masa yang sama pja risaukan ayah.. pja call mak balik bagitau, if ayah tak sihat, takyah la pergi sitiawan, pja balik kampung terus je la.. lepas tu baru mak bagi feedback kata ok.. tapi tak kira apa jadi time tu, tetap nak jumpe ayah..
Sampai je parit, sedey tengok ayah.. kurus sangat dianya.. mata dia pun dah berkaca.. tak sanggup nak tengok mata dia takut pja jadi tak kuat, terus buat-buat sibuk pi layan anak-anak buah..
Alih-alih dan-dan tu ayah call orang batu 8 kata nak datang beraya.. dia kuatkan semangat dia.. kelakar pun de.. mak pun nampak senang hati bila ayah nampak sihat.. dalam pukul dua baru gerak ke sitiawan walaupun ayah tak sihat.. dia request nak nak kete dengan kami..
Esoknya bila kakna balik dia menangis.. sebak sangat.. lepas tu terus dia longlai balik.. puas kami pujuk dia pergi hospital.. dah tengahari baru dia kata ok nak pergi hospital.. tu pun dia request nak naik kete kami jugak.. so, hafiz & haziq bawa kete ayah balik kl..
Sampai KL terus bawak dia pergi PPUM.. Masuk emergency.. Pukul 12.30 pagi dah kene tahan..kat emergency.. kami balik gombak dulu lepas tu.. pukul 5 pagi dapat call kata ayah kene tahan wad.. esoknya kami datang bawak barang-barang untuk mak & ayah...
Kami ulang-alik hospital macam rumah kedua dah.. Penat.. tapi kuatkan semangat jugak.. lagi pun tinggal pja, mak & en. suami je yang masih sihat.. yang laen sume dah tumbang..
Tu belum lagi masuk part keluarga mertua.. dalam pada sibuk ulang-alik hospital, en. suami kene layan keluarga dia jugak.. jumpe kaum keluarga..
Hari sabtu tu lepas pagi-pagi penat melayan mak long dan keluarga dekat rumah, kejar pergi hospital pulak hantar barang.. then pergi bawak family mamek pergi Icity... Alih-alih balik pukul 1 lebeh.. time tu penat sangat-sangat.. dari dekat Icity pja dah menangis-nangis.. rasa nak patah pinggang.. dengan tulang pelvis tempat jatuh tu sakit.. tuhan je yang tahu.. tapi kami tak terus balik.. singgah rumah makngah pulak.. Ya Allah.. duduk serba tak kena.. tak kan tengah ramai-ramai tu nak baring pulak kan.. tapi en suami suruh baring kat dalam bilik.. segan...
Lepas kene paksa dengan en. suami, makngah & mak mertua, masuk la jugak.. tapi menangis beria sorang-sorang kat dalam tu nak balik.. memang dapat baring, tapi dalam keadaan pinggang yang tersangat sakit + pelvis yang mula meragam sampai rasa nak patah tu memang tak boleh nak baring tanpa tilam.. even nak alas dengan toto saja pun tak boleh.. sakit sangat-sangat... menangis beria sampai tertido.. sedar-sedar en suami kejut nak balik.. time tu dah pukul 3.. sampai je rumah.. bersyukur tak terkata dapat tido atas tilam.. sapu minyak dekat kaki & pinggang baru dapat tido..
Rutin kami berlanjutan sampai petang semalam.. Akhirnya petang semalam ayah dibenarkan keluar wad, dan kami ambil dan hantar dia balik rumah... sampai je rumah semalam, dua-dua tido dah tak sedar apa.. tapi bangun je pagi, kepala pja mula serabut balik bila tengok rumah mangsa banjir masih belum sempat dikemas... Penatnyeeeeee....
Wahhh.. panjangnye karangan....
Sekarang pja dah sakit-sakit tekak, sakit kepala, sakit pinggang... en suami pulak dah demam selsema... time untuk kami pulak berehat la nampaknya...
No comments:
Post a Comment