Dec 6, 2010

Kronologi kelewatan 06122010

Assalamualaikum...

6.31 am : Hah!! dah lewat giler!!

6.48 am : alamak, kunci kereta!!

6.50 am : keretaku berkata-kata "woi! aku haus la, aku nak air!!" sambil berkelip2..

6.51 am : alamak, cincin ngan jam tertinggal.. x pe la, dah tak sempat..

6.55 am : "bang, air oren rm30, mesin 9.."

7.00 am : baru nak kuar gombak? sempat keeee... alamak, radio lak buat hal.. naseb de radio kat hp..

7.05 am : alamak, kereta depan ni makan angin la plak, dah lewat nih, baru nak masuk jalan istana nih..

7.10 am : bagi laluan! bagi laluan! aku nak masuk MEX..

7.18 am : hujan la plak.. nak speed tak nak? nak speed tak nak? arrgghhh.. lantak...

7.25 am : alahai, kete nih, wat hal la plak.. [dilaporkan, sebuah kereta wira telah memasuki lorong smart tag.. malangnya tag beliau gagal dibaca kerana laju dan terlalu hampir dengan palang.. dengan smartnya beliau mengeluarkan kad touch n go dan cuba untuk touch di lorong smart tag.. sedangkan kereta di belakang telah berderet termasuk kereta saya yang betul-betul di belakang kereta beliau.. dengan smartnya juga, beliau tidak cuba untuk mengundurkan kereta beliau dan tidak cuba untuk scan smart tag beliau untuk kali kedua tetapi dengan terlalu smartnya beliau mengundurkan kenderaan dan menyebabkan kenderaan yang lain-lain semua terpakse mengundur jauh kebelakang untuk memberi beliau laluan untuk bertukar lorong..]

7.35 am : giler la kete nih, tak pasal2 sesak sebab dia.. dah le dah lambat.. 10 minit abih kat dia je..

7.40 am : naseb de parking.. fuhhh!!..

7.42 am : parking tak bayar lagi...

7.45 am : lif pun baru terkedek-kedek nak turun floor G..

7.48 am : punch card!!

ini bermakna telah lewat selama 18 minit!! hari ini dalam sejarah!! selalunya sangat awal 30 minit.. (@_@)

No comments: