Oct 27, 2010

Tazkirah Pagi #8

Malaikat di rumah mu~~

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya
kepada
Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau akan
mengirimku
ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil
dan
lemah"?
Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu."
"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah
bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan
merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."
"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku
jika
saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah
yang
pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan
mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat
mengancam
jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."
"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku
akan
selalu berada di sisimu."
Saat itu Surga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat
terdengar,
dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi
sekarang,
bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ? "Kamu akan
memanggil
malaikatmu, Ibu." Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya
dan
cintailah dia sepanjang masa.

Oct 24, 2010

CONVOCATION

Assalamualaikum..

Ehemmm... makcik.. ko punye konvo dah basi.. uwweekkk.. nape baru sekarang mau post.. ni dah masuk dua minggu... hahaha...

Biase la, biler majlis konvo jauh2 ni, masalah untuk dapatkan gamba dalam tempoh yang segera mesti susah kan.. kan.. so, gambar studio pja baru je dapat last week.. thanks to my daddy.. sanggup tu pi batu pahat semata-mata nak pi collect gambar tu.. act dia dari melaka, outstation kat sane.. tp still jauh jugak kan..

Sebenarnye pja tak jangke pun dapat gambar studio ni.. ikut pelan asal, just mak n ayah je yang datang.. so, ingatkan pja bakal jadi anak tunggul dalam gambar tu... tunggul?? haha... yelah, cam tunggul kayu diri sorang-sorang.. tak sangka last minit sebelum pergi tu my dear kakak n abang ipar willing nak bawak afkar datang batu pahat semata-mata nak amik gambar then balik hari... sian kan..

THANK YOU SO MMMUUUCCHHHHHHH....

Secondly, memula pja ingat nak amik kat studio kat dalam ittho je.. sebab tak sempat nak survey kat bandar.. then rancang just nak amik gambar family jer, then pic pja amik after dapat scroll.. but biler ayah sampai, segala-galanya bertukar.. ayah ajak pi cari kedai gambar area bt pahat.. kebetulan de la sebuah kedai bukak [dalam banyak-banyak kedai gamba, seketul tu je la yang bukak] survey2, dia kte ok.. tapi time tu dah kate nak amik gamba family je, sorang-sorang tak nak..

Then petang tu dalam kul 4 lebih kitorang pun pakai cantik2 untuk amik gambar.. konon nak amik pic family je kan, so pja pakai baju t-shirt je la coz tak nak pakai baju batik tu.. takut komot.. tapi pakai gak tudung putih... then sampai sane dia terus tarik pja amik gambar sorang.. cam terkejut time tu.. tapi biler dia bagi props skroll, pja ok je la.. tp yang tak best nye, nampak lengan t-shirt tu.. hehe.. props tu pun jenis skroll lame.. sebab skroll baru ni corak dia lain.. but never mind, y pentung tulis UTHM..

Lepas tu baru amik gambar family... seriously dorang memang professional.. cekap.. peramah.. pja silap pun dia boleh senyum... you are the best la aunties.. oowwwhhh lupe nak bagi tau.. name kedai dia PHOTO PORTRAIT SALON .. then hasil dia memang sangat memuaskan.. cantik, smooth je.. harge pun memang cantik.. hehe... then sempat plak begaduh nak saiz frame yang mne.. kitorg nak kecik.. dia sibuk soh amik yang beso... haha.. last2 ikutkan je.. in the end, frame gambar pja berganda dari frame kakna n hafiz.. haha..

so, ni la hasilnye~~

family without hafiz... dari kiri abang war, pja, ajiq, depan kiri kakna, ayah, emak n kenit tu of course my lovely afkar..


ni le pja.. abaikan lengan baju n skroll lame tu...

Oct 8, 2010

Thank You~~~

Assalamualaikum....
Heaven kan.. biler jadi anak daddy... ada gaji pun boleh dapat duit belanje biler nak pi mane-mane... even tak banyak pun... sebab daddy yang bagi.. suke la.. pja nak pi johor petang ni.. esok pagi-pagi nak amik baju, petang de raptai, ahad berpoya2.. [tak sangka abang war willing nak datang bawak afkar n kakna ari ahad tu semata2 nak tangkap gambar konvo.. sob..sob.. meleleh air mata terharu... balik hari plak tu] isnin konvo, selasa balik KL...

~~~thanks ayah~~~

Oct 7, 2010

Bantal

Assalamualaikum...

Cam best je tengok tajuk entry hari ni kan.. hehe.. dapat bantal mesti best giler tido.. hehe.. lagi best biler dapat bantal bulu pelepah.. lena tak hingat dunia.. hehe..

ok, kite teruskan k...


1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
Seni. Mereka
Mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
Lukisan, muzik Dan sastera.
Perasaan mereka halus Dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala Ada yang
Boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
Mimpi. Mereka
Juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.



2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
Kehidupan seharian
Mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
Jarang membuat
Keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
Pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada Dan boleh
Menerima keadaan
Seadanya. Mereka juga membuat keputusan
Berdasarkan fikiran Dan
Bukan nafsu semata-Mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
Bergaul dgn
Org ramai, malah kaku dalam pergaulan.. Ini
Menyebabkan mereka
Cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
Menempuh jalan pintas
Untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
Tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
Membawa kepada
Sifat ego.


6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!!

ok, pe yang pja nak simpulkan kat cini... pja hanya pakai satu bantal, tapi tak letak kat kepala, means tak pakai bantal la kan.. bantal tu hanya untuk di peluk... so, gambungkan semua ciri2 tu, pja seorang yang....

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa Seni. Mereka Mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap Lukisan, muzik Dan sastera. Perasaan mereka halus Dan jiwa mereka romantik. Kadangkala Ada yang Boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui Mimpi. Mereka Juga sangat prihatin terhadap kesusilaan. Mereka bukan jenis mengada-ngada Dan boleh Menerima keadaan Seadanya. Mereka juga membuat keputusan Berdasarkan fikiran Dan Bukan nafsu semata-Mata. Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat Tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan Membawa kepada Sifat ego.

haha... agak bertepatan....

Oct 6, 2010

Tazkirah Pagi #7

Assalamualaikum...

Dah lame tak buat tazkirah pagi kan..kan..kan.. sebenarnye pja de kerja yang perlu disiapkan sebelum hujung minggu ni...
  1. Siapkan jahit manik kat baju konvo then petang karang nak hantar dry clean..
  2. Pegi bayar duit frame then pi pos..
  3. Cari kasut untuk konvo [memandangkan tak de langsung kasut melainkan heels yang blink~blink~]
  4. Kemas almari coz de orang nak datang
Rasenye ade lagi.. tapi tak ingat.. tak pe update nanti...

ok, berbalik pada tazkirah pagi...

entry lepas pja ade cakap nak cerita pasal si anak, si bapa dan keldai... kan..kan..kan.. ok, cerita ni pja pernah baca dalam buku kisah pada zaman Khulafa' Ar-Rashidin.. tapi ingat tak ingat la.. but pja cerita lebih kurang je la ye secara ringkas.. [act cerita ni ada banyak versi.. tapi pja cerita yang versi pja baca je la ye]

Pada zaman dahulu, si bapa, dan si anak keluar rumah bersama seekor keldai.. dalam perjalanan tersebut beliau merentasi beberapa buah kampung..

Di kampung A, si anak menaiki keldai manakala si bapa menarik keldai tersebut.. tetapi di marahi oleh penduduk kampung dengan mengatakan "jahatnya anak itu kerana membiarkan bapanya yang tua berjalan kaki sedangkan dia yang muda bersenang di atas keldai"

Di kampung B, si bapa pula menunggangi keldai manakala si anak menarik keldai tersebut.. tetapi di marahi oleh pendudk kampung dengan mengatakan "zalimnya bapa itu, kerana membuarkan anak kecik itu berjalan kaki sedangkan si bapa yang lebih tua di bairkan menunggangi keldai"

Di kampung C, kedua-dua beranak tersebut menunggangi keldai tadi.. tetapi di herdik oleh orang kampung dengan mengatakan "bodoh la mereka dua beranak ini, kasihan kepada keldai yang kecil itu terpaksa membawa meraka yang berat"

Di kampung D, Kedua-dua beranak tersebut tidak menunggangi keldai tersebut malah membiarkan keldai tersebut tanpa sebarang beban.. tetapi orang kampung tersebut sinis berkata "bodoh la mereka, ada binatang untuk di di naiki, tetapi tidak di gunakan"

Di kampung E pula, Kedua beranak itu tidak tunggang keldai tersebut tetapi menjinjing keldai tersebut.. tetapi orang kampung bising mengatakan "bodoh mereka, ada binatang untuk di naiki tidak di gunakan, sebaliknya lagi menambah beban dengan menangkat keldai tersebut"

so...

pe yang pja nak kaitkan dengan enrty lepas ialah...
  1. Jangalah kita terus menerus judging orang tanpa mengetahui perkara sebenar [mereka berjalan jauh dan berganti2 untuk melepaskan lelah.. so sebab tu mereka bergilir2 menaiki keldai tersebut]
  2. Moral of da story yang sebenar ialah, jangan ikut cakap orang... kita yang susah..
  3. yang laen carik sendiri ye... hehe

Oct 4, 2010

Ade Kau Kesah?

Assalamualaikum..

Mungkin entry kali ni akan menyinggung sesetengah pihak.. 1st of all, aku nak minta maaf dulu la.. dalam entry ni gak, aku tak kan guna 'pja' sebagai penganti diri.. supaya menunjukkan yang aku betol2 tegas pasal isu ni..

Sejak dua menjak ni, ape yang aku takut dan tak suke dah mula datang dalam hidup aku.. aku rimass.. rimas sangat.. bila isu ni tumbul je, rase cam nak terkeluar taik telinga aku ni macam cecair LAVA!..

Kalo ade sesiapa yang pernah baca entry aku tentang personaliti anak ke-2 .. Mesti korang faham apa erti berdikari dalam idup aku.. dari kecik tak pernah ada sesiape yang kisah macam mana aku nak pergi mana-mana.. tak de sape kisah nak tolong aku.. sampai aku terdidik supaya menjadi individu yang tidak menyusahkan orang lain.. susah senang engkau sorang2.. yes, klo ko senang ko boleh tolong orang, tapi mase ko susah, ko boleh harapkan pertolongan orang, tapi bukan semuanya ikhlas tolong ko.. buat ape kalo depan ko dia tolong, tapi belakang ko, dia ungkit, merungut tentang pertolongannya..

Tapi bukan perangai individu ni yang merimaskan hidup aku sekarang.. tapi individu yang selalu menyanyi sumbang kat telinga aku.. kata mereka...

"eh, ko kan perempuan, takkan nak pegi sorang2..."
"ko pergi sorang2 je? bahaya la..."
"pergi la suruh sape2sape temankan, tak elok la perempuan gi sorang2"
"mak tak teman ke? ayah? tak suruh adik hantar"

Hoi!! kalo aku boleh dapat kemudahan tu sumer, tak de la aku menyusahkan diri aku pergi sorang2.. takkan nak pi beli spender pun nak tunggu ayah ngan mak temankan.. selagi dorang tak kuar umah, selagi tu pakai spender koyak???? cam tu??? [kan dah kasar ayat aku]...

Seriously, aku benci dengar ayat2 tu.. klo ko rase x baik, xelok, bahaya, why not korang je willing pi hantar aku kat mne aku nak pi??? hah, JAWAB LAA!!! pandai cakap.. sebab tu la orang kate, mulut cakap senang.. cube wat tengok..

Korang ingat aku tak teringin ke pegi mane ade orang tolong bawak? korang ingat aku berani sangat ke redah pi mane2 sorang2.. tapi macam mane aku pucat pun, tak de sape kisah tentang perasaan aku waktu tu.. takat pengalaman kene kaco, kene pukau ikut orang naek kete sumer tu dak lali tau..

Aku penah wat perang dingin sebab merajuk nag parents aku sebab aku minta tolong hantar aku kat pudu raya pun dorang tak nak.. sebab dorang yakin aku boleh pi sendiri.. sedangkan adik laki aku dorang hantar sampai depan pintu hostel ukm tu.. korang ingat aku tak terasa ke??? aku penah bergaduh sakan sampai berapa hari majuk dengan En. bakal suami sebab dia tak temankan aku sedangkan aku betol2 memerlukan seseorang mase tu.. Aku pernah wat teater air mata dalam bas sebab kecik hati sangat dengan semua orang yang aku harapkan.. bukan selaki dua, tapi BANYAK kali!! Aku pernah pengsan dalam train sebab aku migrain tapi tak de sape pun antara mereka datang tolong aku.. naseb ada orang lain tolong aku.. korang ingat aku gembira dengan situasi ni semua?? korang ingat aku suke jadi camtu? SEKSA tau x????

Jangan ingat aku senyum dengan kata2 korang tu, aku suke.. dalam hati tak de sape yang tahu..
itu satu hal...

satu hal lagi.. macam aku kate, tak de sape yang kisah kemana aku pergi dengan alasan dorang yakin yang aku memang indipendent person.. better then my own siblings... baik laki or perempuan.. tapi sejak aku kerja dekat cyberjaya ni, datang pulak suare2 sengau yang membingitkan telinga aku.. kalo dulu taik telinga je keluar.. tapi kali ni, rasenye air hidung pun nak terkeluar same..

Biler aku kate je aku "pergi kerja beghanto, balik kerja beghambik"... sumer tanpa usul peksa cop aku sebagai anak manja.. Waaattt?? manje.. then de gak yang kate, "seronok la.. mak ngan ayah hantar.. tak yah susah2 cam kite" hello, dulu aku bawak beg dekat 10 kilo de orang kesah? de orang kate aku susah? tak kan? tolong tengok je ade la kan.. kan.. tuan, puan semua.. dalam hidup aku, ni la pertama kali aku rase haeven dalam hidup aku.. lain kali tanye dulu sebelum nak cop orang.. ni tak, sampai ade yang baru kenal aku tu tak percaye if aku kate nak naik bas, pastu nak tuduh2 orang konon tak reti susah...

Pernah somebody ni, bile aku kate aku nak balik naek bas dia kate "eh, boleh ke? berani ke" huuhh.. tapi aku senyum je la n kate, "tak de hal la.. jangan riso... " entah la.. dah macam citer si anak, si ayah dan keldai... tau tak citer tu?? kalo tak tahu nanti aku citer kat entry laen k.. penat...

so sekarang ni, kalo u all sumer tak nak tolong hantar/temankan aku pi mane2, jangan sesekali cakap pasal bahayanye seorang perempuan keluar sorang2.. kalo psl anak manja tu, aku leh senyum lagi la walaupun bingit telinge.. tapi hal yang satu tu, jangan sesekali sampai kat telinga aku.. sebab jawapannye hanye satu
"ADE KAU KESAH???"