errrmmm.. sebenarnye pja tak tau nak tulis ape pon.. sejak mula kerja ni, tak de mase nak tengok keadaan sekeliling.. travel tiap2 hari.. pagi2 sebelum matahari terbit dah bertolak.. mase matahari nak terbenam baru sampai umah balik... last week memang tersangat la penat.. driving sorang diri kan.. weekend mengemas.. nasib baik hari ni ayah hantar sampai depan ofis.. so, dah lame la pja tak ade mende yang nak dibahaskan..
oh, lupe.. 3 hari menimba pengalaman mengajar cukup buat pja berfikir panjang.. di tokok tambah dengan cerita-cerita dari abang ipar juga seorang cikgu.. banyak punca masalah pelajar datangnya dari attitude cikgu itu sendiri..
pja sebenarnye tersangat-sangat la suka kanak-kanak.. pja suka didik kanak-kanak.. berinteraksi dengan mereka.. ok.. plus minus remaja sekolah menengah la.. disebabkan itu juga pja tersangat la suka membaca tentang psikologi kanak-kanak..
pja di lahirkan dalam keluarga pendidik.. oleh itu, bagi pja, untuk menjadi pendidik perlulah dari tulus hati yang ikhlas.. bukan kerana terpaksa dan kerana memilih profesion sebagai guru sekadar untuk mudah mendapat pekerjaan atau sebab boleh balik awal.. guru bukan sekadar mengajar dan menjalankan tugas-tugas yang diberi oleh pihak sekolah.. tetapi tugas guru itu juga perlu bermain dengan emosi pelajar.. mengenal pelajar dengan lebih mendalam.. dalam erti kata lain, guru juga bertanggungjawab "mendidik" nilai-nilai peribadi seorang murid..
Ye! bukan mudah.. kerana pelajar kini bukan setakat seorang dua.. tapi sangat ramai sehingga tak mudah dikawal.. tapi.... tak salah kita mendidik dan mengajar mereka seikhlas hati kita sepertimana ikhlasnya kita mendidik anak-anak kita.. keikhlasan itu la punca segala keberkatan dalam para pelajar tersebut menyerap ilmu yang dicurahkan..
hari pertama pja mengajar, memang merah-merah muka tahan marah.. but, pja tak simpan dalam hati.. bagi pja mereka hanya golongan remaja yang baru meningkat dewasa dan memerlukan 200% perhatian dari orang-orang keliling mereka.. pada hari yang sama juga, those teachers kate jangan bagi muka dekat mereka.. sebab nanti diorang makin naik kepala.. pja terfikir kenapa students jadi camtu.. pada hari kedua, ada cikgu cakap kat pja "dah jumpe dua ekor kat kelas 3*?" ok.. mungkin pja tak de pengalaman dan tak berhak menegur.. tapi pja cuma cakap sebagai orang yang mendengar.. kalo pja dekat tempat budak "dua ekor" tu, pja akan betul2 perform sebagai makhluk "seekor" then cabar balik cikgu tu dengan buat perangai seperti makhluk yang berekor.. tapi serius pja cakap, mase cikgu tu tanye pja, pja langsung tak dapat recall budak yang mana.. walaupun sebenarnye pja baru je keluar dari kelas diorang.. bile diorang sebutkan ciri-ciri fizikal diorang, baru pja tahu siapa.. but.. the best things is.. those kids langsung tak buat perangai dengan pja.. diorang boleh dengar dan siapkan kerja yang diberikan..
sapa yang suka dimarah? sapa yang suke dibentak? sapa yang suke bila dimarah then tak pujuk balik? tak de sape.. even anak-anak kite lepas dimarah bagi jugak makan, suruh juga tido.. means interaksi selepas memarahi mereka adalah tersangat penting.. camtu juga students.. terngiang-ngiang kat telinga pja diorang kata...
"cikgu, saya sebenarnye malas nak blaja, nak salin.. tapi hari ni saya dah rajin"
"eehhh.. seronok la belajar hari ni.. lepas ni mesti math aku A"
3 hari je.. tapi pja dah dapat semangat dari students pja.. seronok sangat masa tu..
ada juga students tanye.. " cikgu garang tak?"
jawapan pja hanya satu...
"kalo u all rajin, baik, dengar kata, cikgu baik la.. kalo u all degil, malas, cikgu garang la"
secara automatik semua jadi baik...
prinsip pja, biar tegas tapi jangan garang... tak de sape suke perkataan "garang" dan bukan semua anak-anak boleh di didik dengan cara yang garang.. dalam tegas, biar ada lembutnya.. selagi diorang tak faham, selagi tu pja tak puas hati.. selagi muke diorang berkerut, pja akan cuba untuk lebarkan senyuman mereka..
macam yang pja cakap tadi, pja tak de pengalaman, siapalah pja untuk menegur.. tapi melihatkan keadaan kebanyakan cikgu yang hanya sekadar mencurahkan ilmu matapelajaran yang dia ada, sedih sangat rasanye.. bagaimana dengan generasi anak-anak pja nanti.. ada lagi ke cikgu-cikgu yang ikhlas mendidik anak-anak pja?
Pja rasa pja tak reti mengajar.. pja tak reti explain.. sebab tu pja rasa pja tak dilahirkan sebagai seorang tenaga pengajar.. tapi pja tak tahu kenapa, 3 hari buat pja jatuh cinta untuk "mendidik" anak bangsa.. InsyaAllah suatu hari nanti.. mana tahu ada rezeki untuk pja mendidik anak bangsa kita...
No comments:
Post a Comment