May 16, 2014

3rd Anniversary

Assalamualaikum..

Ini cerita 13 Mei yang lepas.. our 3rd anniversary.. planning asal mak buyung ni kononnya mengidam nak bercuti ala-ala tempat tinggi, sejuk, nyaman & jauh dari kesibukan kota.. ala-ala romantik gitu.. tapi disebabkan cuti, masa dan beberapa faktor yang tak mengizinkan, redha je la dengan percutian balik hari ke bukit tinggi.. itu pun dah bersyukur sangat dari tak bercuti langsung..

Alhamdulillah, masuk tahun ke-3 dah usia perkahwinan kami.. pja sangat-sangat bersyukur dengan apa yang pja ada sekarang walaupun jobless.. haha.. ada suami yang bertanggungjawab & penyayang walaupun sedikit garang & tak romantik.. huhu.. ada anak yang bijak dan comel & semoga menjadi anak yang solehah yang mentaati Allah, Rasul, Agama, Ibu, Ayah.. dan adik baby yang bakal lahir tak lama lagi..

Berseri-seri tak muka kami.. huhu.. suka gambar nih..

Happy family.. adik baby disebalik maxi merah tu..
Tengah-tengah berjalan, boleh pulak si kecik ni melalak meragam.. pujuk-pujuk tak mahu.. lapar dan letih rupanya.. sebenarnya terlupa yang tak dia breakfast berat sebelum pergi tu.. masa kami breakfast tu dia tak mahu makan.. bila beli kentang tu, sebijik dia makan sorang.. itu je pun yang ada yang dia boleh makan.. Rancangan asal tak nak bawak dia sebenarnya.. haha.. tapi tiba-tiba kami kesian pulak nak tinggal..

Muka kelaparan

Dah kenyang la tu..

Thank you sayang...

Semoga kami terus tabah dan kuat dalam mengharungi hari-hari mendatang.. Ustaz kata 5 tahun pertama ni masih pengantin baru.. masih dalam mode berkenalan.. baik dan buruk.. masa ni la segala masam manis pahit maung bercampur baur dalam rumah tangga.. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama hambaNya..