Mar 31, 2014

Toilet Training

Assalamualaikum..

Alkisah bermula dari seawal umur kakak insyirah setahun 6 bulan.. masa tu pja baru je berhenti kerja.. pja dah study pasal toilet training since insyirah 5-6bulan lagi sebenarnya.. tapi oleh sebab ramai yang kata toilet training ni sesuai dimulakan bila si anak dah pandai bercakap, pja pun mula la ajar kakak insyirah masa dia dah pandai cakap 'biyak' & 'ching'..

Sekitar Julai 2013 kalau tak silap, pja ajar dia.. 2-3 hari pertama dia ok.. tapi untuk first time berterabur sana sini tu biasa la kan.. nasib la kat taska memang tak ada carpet.. senang nak lap.. masuk je hari ke-5 dan seterusnya tiba-tiba dia macam dah tak reti langsung nak cakap.. asyik la kencing dan berak merata.. tak tahu la kalau cara tackle salah ke, tak pasti la pulak.. plus agak susah juga masa tu sebab time cuti / weekend sure merantau.. so, keyakinan tu tak berapa nak tinggi dalam situasi dia tak mahu cakap bila nak membuang..

Lepas pada tu, terus stop.. tak buat dah.. azam tu ada, tapi keyakinan dan kesabaran zero la pulak... sedangkan toilet training ni, kebergantungan dengan Allah, kesabaran dan keyakinan tu yang kene jadi keutamaan.. azam nak buat je takkan menjadi..

Luckily pja ada kawan-kawan sekolah menengah dulu dalam group mommies yang sangat banyak membantu dalam beri tips, sokongan, galakan.. last year masa tahu je pja preggy, pja berazam nak kakak insyirah free diapers sebelum adik baby lahir.. Plus kalau boleh pja nak hantar dia masuk playgroup bila dia dah 2 tahun setengah nanti.. masalahnya kebanyakkan playgroup tetapkan syarat kanak-kanak mesti dah tak pakai diaper.. Jadinya setiap hari doa agar diberi kekuatan.. disamping tu terus study lagi cara-cara untuk buat toilet training ni dengan lebih berkesan..

Tanggal 28 Mac 2014, masa solat subuh, doa supaya Allah beri kemudahan dan kesabaran untuk pja menjayakan misi ni.. dengan lafaz Bismillah dan nafas yang panjang, pja mula terangan pada kakak 'the rules'.. ajar dia nak cakap macam mana, terangkan dekat dia yang diapers hanya untuk adik baby, and etc... pakaikan dia spender yang cantik-cantik.. so, dia sangat enjoy..

Setiap setengah jam pja akan ajak dia pergi bilik air.. hari pertama 5-6 helai seluar lencun.. 2 kali tercicir kencing, sekali tercicir poo poo.. sebab dah membuang baru dia bagi tahu.. but, berulang-ulang kali pja cakap "tak apa.. lepas ni kita cuba lagi ye..".. siap pakai spender gambar-gambar kat dia then bagi tahu "kakak kat boleh kencing dekat gajah ni tau, nanti gajah basah, gajah tak suke..." lepas tu dia gelak.. huhu..

29 Mac 2014, peningkatan yang memberangsangkan.. setiap kali ajak pergi toilet dia akan kencing.. setiap kali dia berjaya kencing, pja akan bagi dia reward coz dia boleh kencing.. no more kencing merata.. tapi seluar tu terbasah sekali dua ada la jugak..

30 Mac 2014, sama macam hari sebelumnya.. cuma masa tu dia agak konfius sekejap sebab pja pakaikan dia diapers masa pergi kenduri kawen.. but still tanya dia if nak kencing.. then bila dia kata nak, pja tanggalkan diapers suruh dia kencing..

31 Mac 2014, hari ni macam terrrrsibuk sikit dipagi hari.. maka, terlupa la nak ajak dia pergi tandas.. tiba-tiba dia kata "ibu... nak ching.." sambil buka seluar.. terus bawak dia sambil berlari-lari.. surprisingly memang dia kencing!.. so, dia dah faham rasa nak kencing dan dah boleh beritahu bila rasa itu ada.. ok.. terus ibu bagi upah lagi atas kejayaan yang kedua ni.. siap dia kata "kakak andai'.. ceh puji diri sendiri la pulak.. kahkahkah..

Alhamdulillah, sehingga tahap ni, progress sangat bagus.. kalau tidur siang pja akan pakaikan diapers luar seluar.. tapi dia tak kencing or berak pun.. kalau tidur malam still pakai diaper.. tapi bila dah nak tidur la.. la ni baru nak pergi cari Matt protector nak alas tempat tidur dia..

Cuma ada satu masalah lagi, dia masih tak dapat berak tanpa diapers.. huhu.. sanggup dia berak malam-malam sebab pakai diaper kan.. risau pulak dia tahan-tahan nanti jadi sembelit pulak.. tengah ajar dia berak dekat toilet bowl dia.. doakan pja berjaya ye..

InsyaAllah pja akan update lagi progress seterusnya.. Semoga Allah permudahkan pembelajaran kakak Insyirah untuk free diapers!!

Mar 30, 2014

Tempah Jahit Baju Raya

Assalamualaikum..

Last year pegi vietnam.. gatal pulak pi borong baju cotton bebanyak walaupun dah tau awak tu dah jarang pakai baju kurung sejak keje sendiri ni.. rasakan.. mana nak hantar baju bebanyak tu.. tailor sumer dah lari.. kihkih..

Tapi tu bukan citer nak diceritakan, pja ada beli cotton sedondon konon nak pakai raya tahun ni sama-sama dengan kakak insyirah.. wahhhh... kakak dah.. dah tak boleh panggil insyirah.. nak dijadikan ceritanya, due pja 30 julai 2014.. dan satu dunia tahu raya puasa tahun ni akan jatuh pada 28 julai 2014.. of coz la time raya tu pja tengah sarat.. jadinya nafsu nak tempah baju raya tu pun jadi kelaut..

Nampak macam awal je dah nak tempah baju raya tu kan..kan.. tapi sebenarnye sekarang dah jamadil awal.. selalunya rejab orang dah tutup tempahan.. caya tak? caya tak? sila la percaya.. so, dari sekarang dah kene decide samada baju sedondon tu nak jahit baju ala2 preggy atau baju kurung nursing biasa je.. kalau buat baju preggy takutnye nanti sempat pakai pagi raya je.. sayang pulak tak dapat pakai kendian hari.. tunggu preggy third entah bila pulak.. kakak pun dah besar dah tak muat bajunya nanti.. kalau jahit baju biasa, alamatnya kalau tak bersalin lagi pagi raya tu, kene la cari baju lain sebagai pengganti.. duit lagi tu..