Feb 4, 2014

Suka Duka Breastfeed #12 - Konvo Breastfeed

Assalamualaikum..

Sejak anak-anak dah ramai ni, masa bermanja dengan lappy ni teramat la terhad.. kesiankan.. asyik belek fb or baca blog dari smartphone je.. pja tak suka guna application blogger dekat phone, macam tak best.. tiap-tiap hari anak-anak balik, badan dah penat plus berbadan dua ni asyik la ada masalah angin dalam perut.. akhirnya petang-petang terlepek..

Tadi belek-belek dashboard, rupa-rupa last entry 23 disember 2013.. hari ni dah 4 feb 2014.. kalau rumah memang dah bersawang, habuk pun tebal 5 inci.. hehe.. ok la.. stop bebel intro ni..

Sebenarnya banyak pja nak cerita, pasal breastfeed, pasal hadiah besday insyirah, pasal insyirah kene tinggal seminggu dekat kampung sampai ibu dan insyirah demam.. haha.. tapi pja updated citer ni dulu la.. yang lain slow-slow ok..

Alhamdulillah, misi susu kan insyirah sehingga 2 tahun akhirnya tercapai.. yeah!!!.. walaupun hampir-hampir kecundang masa umur insyirah 1 tahun 5 bulan.. tapi gagah juga.. masa umur insyirah 1 tahun 10 bulan pun pja hampir-hampir tolak insyirah untuk teruskan breastfeed.. masa tu pja baru tahu pja preggy.. masa tu perut kejang tak terkata setiap kali insyirah bf.. minta nasihat ramai sangat orang.. ramai juga yang membantah pja teruskan bf.. tapi hati ibu kan.. setiap kali dengar dia menjerit, merintih nak susu, remuk sangat hati ini rasanya..

Tak kurang juga yang beri semangat.. kata mereka, kita lebih kenal badan kita.. selagi kita kuat, insyaAllah, Allah akan terus salurkan pada kita kekuatan tu.. terus berdoa mohon yang terbaik.. Alhamdulillah, slow-slow, lama-lama ok dah after tu.. kadang-kadang je jadi balik bila badan penat sangat.. sampai la genap insyirah berumur 2 tahun pada 18 Februari 2014 yang lepas..

Tapi demi kesihatan baby memandangkan ibu kurang makan sekarang, ayah suruh insyirah wean off juga.. salah satu caranya, ayah cadangkan hantar insyirah ke rumah nenek dekat kkb.. kebetulan hendak menjadi cerita, kami terpaksa hantar insyirah a week after besday dia tu ke kkb.. last sebelum pja tinggalkan dia, pja suruh dia susu.. entah kenapa, sedih sangat hati ni.. sedih sebab nak tinggalkan dia, sedih sebab lepas ni mesti insyirah tak minum susu ibu dah.. rindu..

After seminggu tu memang dia tak menyusu dah.. ada memula tu dia menangis beria-beria plus demam rindu ibu.. merayu-rayu.. "ibu.. susu ibu... susu ibu..." tak tahan, bagi la jugak, tapi dia muntah.. touching ok.. tapi tibe-tibe terfikir, ada bau ke, rasa lain ke? hahaha.. 2-3 hari lepas tu dia minta balik.. merayu-rayu lagi.. kesian sangat, bagi la.. dia susu sampai lena walaupun tak rasa pun susu keluar.. ibu pun amik peluang hilangkan rindu.. after tu dia tak minta dah.. kalau dia minta pun saja nak mengada!!.. hehe..

Dah nama pun ibu bf kan.. mana pernah bawak susu tepung kehulu-kehilir.. asyik la susu dengan botol tertinggal bila berjalan sekarang ni.. haha.. lepas tu pemalas pulak tu malam-malam nak bangun bancuh susu kalau dia mintak.. kahkahkah..