Nov 28, 2013

Stepcare Health Footwear

Assalamualikum..

Pernah dengar Stepcare Health Footwear tak?? kalau tak boleh la korang tengok-tengok kat sini http://www.stepcareonline.com/

Pja tahu kasut ni dari puan opah.. mulanya ada orang tu suggest dekat puan opah sebab puan opah ada diabetic.. pendek kata sebenarnya, kasut ni untuk sesiapa yang nak jaga kesihatan kaki.. ada kasut khas untuk golongan diabetik, lelaki, perempuan, untuk orang sakit lutut, sakit kaki, gout, orang yang bekerja dan memerlukan banyak jalan seperti nurse, doktor, ibu mengandung juga sesuai.. Sebab kasut ni sangat lembut dan selesa.. jalan jauh tak rasa penat..

Testimonial puan opah, pergi mengerjakan umrah pertengahan tahun hari tu, dia pakai kasut ni, dia kata tak rase penat pun.. Antara scholl dengan yang ni, dia kata ni lagi lembut dan selesa plus harga pun lebih murah dari scholl.. lepas tu, en. suami pulak memang kerja dekat hospital.. diorang dapat peruntukan uniform setiap tahun.. dapat juga kasut jenama ni.. dia kata best sangat.. ok.. pja ala-ala tergoda la kan. tapi tak terpikir pun nak beli sebab kerja dekat rumah je..

Since bulan depan nak pergi jejalan jauh.. plus pja memang amat memerlukan kasut yang selesa lagi sesuai untuk beberapa bulan akan datang ni, pja nak try la sepasang.. tapi kasut ni ada jual dekat hospital je tau.. tak ada dekat pasaraya.. ataupun beli secara online..

Honestly, pilihan kasut memang terhad.. tak ada nak fesyen-fesyen sangat.. pakai je la pettern yang ada pun.. janji selesakan.. pilih punya pilih... ni akhirnya jadi pilihan pja.. actually pilihan en. suami.. warna pun terhad.. ada satu pattern tu, en. suami tak suka.. katanya macam kasut penoreh getah.. haha..

Abaikan kaki kecik belakang tu..


Ok, macam tak sabar je nak jalan-jalan pakai kasut ni.. duit pun tak bayar balik lagi dekat en. suami.. tak pun, tak payah bayar la.. anggap je la present sebab pja sayang abang banyak-banyak.. huhu...

Nov 27, 2013

Stress dan Kesakitan

Assalamualaikum..

Lepas bersalinkan insyirah pja selalu rasa stress dekat belakang kepala, tengkuk dan bahu.. kadang-kadang tulang belakang.. Dulu pernah berubat dengan sorang tuan haji ni, dia kate pja stress banyak.. pastu suke pendam masalah.. tu antaranya la.. ada lagi mende lain yang dia cakap..

Kalau pergi hospital, lain pulak sebabnya.. katanya sebab saraf.. pape la..

Tapi serius, ada betul jugak tuan haji tu cakap, bile pja de masalah, pja lepaskan, InsyaAllah ok.. tp bila pja ade masalah dan pja pendam, lama-lama sakit tengkuk tu akan datang menyerang.. lagi lama pja pendam lagi teruk sakitnya..

Baru-baru ni pergi hospital, dia bagi ubat tramadol.. sejenis pain killer.. myb tak berapa kuat, tapi melayang jugak la bila makan.. bile stress je, makan, syookkkk je rasa.. haha..

*Alhamdulillah kerana Allah pinjamkan insyirah sebagai penghibur hati.. kadang-kadang kita lupa, apa yang Allah uji itu sebenarnye peringatan untuk kita kembali kepada-Nya..

Nov 20, 2013

Kemaafan yang ikhlas

Assalamualaikum..

Teringat dulu ada sorang ustaz ni cakap, kalau kita nak maafkan orang kene betul-betul ikhlas.. kalau mulut kata maaf, tapi fikiran masih teringat-ingat, hati masih membenci, tu tak ikhlas namanye tu.. bererti tak maafkan pun...

Bila nak citer pasal maaf ni.. susah kan.. lagi-lagi apa yang orang buat tu mencalarkan hati kita.. kadang-kadang 'masa' tu memang ubat yang terbaik.. kadang-kadang pula 'masa' tetap gagal menjadi ubat..

Pja cuba untuk memaafkan orang itu.. tapi sampai sekarang masih gagal.. in fact bile ternampak muka dia, perasaan benci yang teramat sangat serta merta lahir.. benci sebencinya..

haihhh.. ikhlas la wahai cik hatiiiii..