Jul 29, 2013

Suka Duka Breastfeed #12 - Ikutan atau Kesedaran

Assalamualaikum..

Sekarang ni dah jarang-jarang nak updated blog.. tak de masa la.. sejak buka Taska ni mana sempat nak buka laptop dah sangat.. online pun pakai hp je.. tak feeling kalau update guna application.. after 5.30ptg, anak-anak semua dah balik, sibuk masak untuk berbuka pula.. malam dah penat.. berat pja dah turun 2kg dalam masa 3 minggu secara natural ok.. iloike!!.. haha

Ok.. masuk track balik.. cerita ni random je ok.. tak de kaitan dengan sapa-sapa pun.. perbualan pun secara random dengan beberapa orang kenalan.. 

Pja tak pasti la samada ibu-ibu sekarang susu atas kesedaran atau hanya ikut-ikutan..kenapa pja cakap camtu? sebab.. ada sesetengah golongan ibu-ibu ni, tak semua ok!

Yang minta tolong pasal ilmu breastfeed, tapi bile tanye diorang jawab, "tengok orang tu buat camtu..", "tengok orang ni beli cam ni..", bila tanye ada membaca or study or tanye pakar tak? jawabnye "tak!!" pastu korek-korek cerita rupa-ruanya no "supply and demand".. Sebab tu abih patang susu pun kurang..

Pja bukan nak berlagak bagus.. tapi pja pun banyak belajar dari kesilapan yang lepas.. tapi sekurang-kurangnya bila kita ada inisiatif bertanya, membaca, belajar, InsyaAllah kita akan bertambah baik.. Ilmu bukan datang dengan sendiri.. tapi ilmu perlu dicari.. kita nak pandai kene pergi sekolah, bukan sekolah yang datang ke kita.. betul tak?? plizz ibu-ibu.. rajin-rajinkan la diri cari ilmu.. jangan asyik dok tunggu jatuh depan mata je..

nota kechik suke sangat : Alhamdulillah, sejak kerja sendiri ni, pja dapan fully breastfeed insyirah semula.. ada la dalam sebulan insyirah campur susu sekejap itu pun dalam 1-2 kali minum.. sekarang pja ramai susu macam banyak balik. hoyeeeehh!!.. InsyaAllah dapat teruska sampai 2 tahun!!

Jul 11, 2013

Taska Cahaya Imtiyaz

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, secara officially dah 2 minggu taska beroperasi.. tapi minggu kedua ni dah ada pendaftaran.. untuk tarik lebih ramai, pja offer 5 pendaftaran terawal boleh dapat free pendaftaran.. so diorang just bayar bulan-bulan je la..

Dah ada dua orang tau.. Alhadulillah juga.. walaupun macam kelam-kabut sikit.. dangan pja yang baru nak adapt dengan tanggungjawab baru.. dengan baru nak adapt dengan perangan anak-anak.. dengan diorang sendiri baru nak adapt dengan orang baru nak jaga diorang.. dengan insyirah baru nak adapt dengan kawan-kawan baru, kene kongsi barang, kongsi ibu dengan orang lain.. sangat mencabar bagi orang baru macam pja.. sebelum ni takat tolong-tolong boleh la.. kalau masuk lagi 1-2 orang anak, kene la gajikan orang..

Tapi yang paling mencabar bagi pja adalah insyirah dah mula buat perangi.. dia rasa macam ibu dia dah tak peduli dia.. sian sangat.. tapi dah tanggungjawab kan.. kalau dulu bila-bila dia nak ngempeng pun tak kisah.. sekarang nak kene gilir-gilir bila ibu nak layan baby auni.. Siap jerit-jerit.. tak pasal-pasal dia dapat buah tangan "gigitan" dari faiq.. hmmmm... 

InsyaAllah, hope minggu depan lebih teratur.. hari ni pun dah semakin memahami peel mereka.. walaupun stress, bila tengok diorang ketawa, happy sangat tau...

Kalau ada mencari taska dekat area puchong utama, sila la calling-calling 0126823875.. or boleh datang tengok-tengok..