Apr 26, 2013

Sembang Jumaat

Assalamualaikum..

Dah la dah lame tak update blog, datang je terus-terus nak mengumpat kan.. haha.. kelas ko jemah..

Hari ni mata & telinga pja yang sakit tu dah bernanah.. sebab tu nak taip juga.. tapi pliss ye kawan-kawan, open your mind, ambil yang baik sahaja ye..

Actually mende ni dah lama pja nampak.. sebabnya rumah dia betul-betul dekat laluan nak pergi rumah mama insyirah.. setiap pagi dan petang pja boleh nampak ragam anak beranak disebabkan pintu sliding yang terbuka luas.. korang tak payah intai pun, memang dia open kepada orang ramai..

1. one day dia marah anak dia "asik-asik kopok.. asik-asik kopok.. lepas tu tak dapat mengamuk-ngamuk"
- sebenarnya dia hantar anak dia dekat jiran sebelah untuk dijaga.. dan sebenarnya juga pengasuh tu buka kedai kecil jual jajan yang memang budak-budak suka datang beli waktu balik dari sekolah.. nama pun budak kan.. kalau dah jajan depan mata tiap hari.. ambil dan makan, compem mak kene bayar.. salah anak jugak ke?

2. Dia ada baby baru dan sekarang ni, saudara dia yang jaga anak-anak dirumah dia.. setiap hari dengar anak-anak dia menjerit
- Budak jerit, ko lagi nak jerit kuat-kuat.. 

3. Setiap hari pengasuh baru & anak-anak di position yang sama, Pengasuh : atas sofa dpn tv, pegang towel; abang : depan sliding menjerit-jerit; baby : atas toto menyiarap sambil merengek
- Kompem perkembangan anak tu terbantut!

4. Setiap hari tengok orang lalu, menjerit nak keluar.. and not a single day nampak dia bawak keluar budak-budak tu.. tapi bila kawan-kawan dia datang borak-borak dengan si abang, abang nak keluar, pengasuh jeling dekat budak-budak tu atau parents yang bawak anak-anak jalan depan rumah dia termasuk la insyirah kene jegil bila lambai dengan budak tu..
- dari ko dok berkubang depan tv, baik la ko bawak budak tu berjalan-jalan.. sekurang-kurangnya tak de la diorang stress 24/7 duduk dalam rumah yang tak de bahan menarik tu..

Nak tegur salah, tak tegur pun salah.. mak dia pun macam tak kisah.. hmmm... kesian sangat tengok that boy!

Apr 13, 2013

Dalam dewan exam

Assalamualaikum..

Ye!! Pja dalam dewan xam dan maih sempat updated blog.. Haha... Actually dah lepas 2 paper.. Dari hari pja tau pja kene seat paper ni, serius memang tak buka buku lansung.. Hebatkan.. Haha.. Jangan kata buku, isu semasa pun tak ambil tahu..

Bukan tak nak, tapi tak de masa langsung.. Dekat ofis tersangat bizi.. Balik rumah dengan insyirah yang asyik nak melekap, en suami tak sihat.. Rumah pun tak terurus..

Pja pergi pagi ni dengan tawakal 'Alallah je.. Mudah-mudahan Allah permudahkn segalanya.. Dan satu rahsia lagi, pja memang datang sebab nak cuba nasib je pun.. Bukan nak sangat..

Ok.. Buibye!!!

Apr 12, 2013

PTD again???

Assalamualaikum..

last weekend borak-borak dalam group wassap, de member-member bagitau yang diorang dapat panggilan untuk ujian bertulis PTD.. memula pja tak amik kisah pun.. tapi last minit pi gatal tangan nak cek... masuk je no ic.. nahhhh...

cek online by SPA
Di panggil lagi???.. untuk kali ke-4.. konfius jap.. serasanya last year masa resubmit borang dekat SPA dah keluarkan dah jawatan ni.. hmmmm.. tapi encik suami kata pegi je la.. seriusly pja tak ambil peduli langsung..

The reason why??...
1.  Kerja pja sekarang half of PTD.. 
- tang ni ramai yang tak paham post pja sebenarnya.. pja diambil bekerja dibawah Pakej Ransangan Ekonomi sebagai Contract For Service.. beza ye dengan COS.. kebetulan since 2012 pja dihantar ke bahagian pembuat dasar. dan kebetulan juga pja membantu pegawai dengan melakukan kerja-kerja ptd yang mana post tu masih kosong sehingga sekarang.. got it? actually CFS ni multitasking.. kalau dia dihantar bahagian constuction, engineer la jadinya.. kalau admin, kerja-kerja pentadbiran la kerjanya.. tak da kaitan dengan kelulusan.. cuma dia pun de gred 27, 41 semua tu..

2. i'm not good on documentation.. 
- Kecewa sangat-sangat.. dah cuba.. taik telinga ni pun dah berkoyan-koyan keluar bila kene marah.. but... hmmmmmm.. pja boleh handle stress dekat field, tapi pja susah sangat handle stress kalau duduk depan pc..

3. Give up
- pja dah letih sangat... 10 tahun hadap sesuatu yang sebenarnya bukan apa yang pja suka.. i can't handle it anymore because i have something more interesting in my life.. dan kehidupan ptd bukan sesuatu yang pja impikan walaupun ramai kat luar sana yang nak sangat jadi ptd.

nota kechik kontrak :  dengar kata kontrak sambung sampai 2014 sebab nak pilihanraya ni... hmmmm... somebody siap warning.. jangan digigit tangan yang memberi makan..

Apr 11, 2013

Pureen Stock Clearance

Assalamualaikum..

Jom ramai-ramai.. sumber : Pureen.com.my
 Pagi-pagi pergia hantar anak.. tibe-tibe jiran yang sedang bawa anak dia keluar sapa..

Jiran: Hi, Insyirah...
Pja: Adik!
Jiran: Eh, tahu tak Pureen de buat sale..
Pja: (Macam orang ngeng) Kat mana?
Jiran: Kat PJ
Pja: (ngeng nye aku..) haah.. mesti la kat situ kan.. bile eh?
Jiran: 20 & 21 Ni... mesti pergi tau..
Pja: InsyaAllah... memang selalu pergi situ.. Eh... baju kita same la... (sambil tunjuk baju insyirah dengan baju adik)
Jiran: haah.. same.. ni beli dekat sane la..
Pja: same la.. ok la.. terima kasih..

begitu la hidup berjiran.. saling sampai menyampai.... i loike....

nota kechik jiran : sampai sekarang tak dapat join group ahkak nasi lemak.. siap main kutu & pas-pas job hantar budak pi sekolah lg.. saya tak geng sebab saya tak senegeri dengan diorang..

Apr 2, 2013

Dating day

Assalamualaikum

Pja dapat idea dating day ni dari kak lia.. dia tak letak nama dating day pun.. pja je yang letak.. hikhikhik..
psssttt... seriusly, pja memang admire kemesraan keluarga kak lia.. antara anak-anak dia, antara suami isteri.. walaupun dia tak cerita detail pun kat pja, tapi dari cerita-cerita dalam blog dia yang sikit tu pun rase bahagia sangat.. orang kata, yang baik tak salah jadikan panduan kan..

Kita ni bila masing-masing bekerja sebenarnya masa untuk keluarga jadi kurang.. nak-nak kalau weekend pun ada tanggungjawab lain.. walaupun sebumbung masing-masing rasa jauh.. betul tak.. pagi bangun pergi kerja, balik dah lewat, dia dengan kerja dia, kita dengan kerja kita.. sampai masa tido.. kurang cakap, kurang gelak tawa.. seriusly, pja rindu sangat gelak tawa abang yang dulu.. yang gelak tu hanya untuk kita berdua.. (stop kejap, air mata tak boleh berhenti).. kalau dulu pja cakap kenapa la berjalan tak bawak anak sekali.. sekarang pja dah paham ape kepentingan menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak sekali sekala..

Actually dating day ni dah 2 bulan tertangguh disebabkan hal-hal tak boleh elak.. Alhamdulillah semalam dapat juga pergi.. tak pergi jauh pun, setakat tengok wayang, main bowling walaupun asyik la masuk longkang.. gelak-gelak.. jalan berdua pimpin tangan.. sweet sangat ok.. Terima kasih abang... (ok.. air mata gedik seorang perempuan mengalir lagi...) petang tu baru amik insyirah awal dari rumah mama then kami pergi jalan-jalan kat taman tasik cyberjaya.. layan sikecil pulak..

Gambar ayah dengan ibu letak kecik cukup la.. hehe..
Siap buat tangan cam tu then cakap "hah.. hah.. tak tahu..."
Thanks kak lia juga.. walaupun kak lia tak suruh pun, tapi idea tu sangat bagus..

nota kecik : pergi tengok wayang cerita G.I. Joe.. boleh pulak layan sedangkan tak berapa minat.. pastu tengok ada the rock terus suke.. haha.. antara pelakon cerita aksi yang pja minat Dwyane Jonhsan & Vin Diesel.. 

Updated :  Pergi dating tu tak perlu selalu.. kalau ada masa sebulan sekali, klo tak de mase, 6 bulan sekali pun tak pe.. janji ada masa untuk bersama pasangan.. bukan lepas berjalan tak bawak anak.. cuma sekali sekala perlu bagi ruang privasi untuk hubungan suami isteri.. betul tak?