Feb 22, 2013

Perempuan dan kaca mata hitam

Assalamualaikum..

Walawehhh.. tajuk entry ni semacam ni.. haha..

Sebenarnye baru last weekend perempuan dan kaca mata hitam dikutuk kaw kaw depan muka pja.. Sebelum ni ada dengar ceramah dari seorang ustaz ni.. serius tak ingat ustaz mana.. dia de kata la "tak paham kenapa orang perempuan suke pakai cermin mata hitam masa driving pagi-pagi".. then pernah juga kuar dari mulut-mulut langau..

Dan weekend tu sekali lagi pja dengar tapi betul-betul masuk telinga pja sebab dia bertanya dekat orang yang betul... then siap mention anti giler tengok.. siap penah de orang kuar perkataan geli menyampah..

Kalau ada mana-mana perempuan yang berkaca mata hitam diwaktu pagi tu, Wallau'alam la pja tak tahu sebab musabab dia pakai.. tapi jawapan dari mulut pja...

Pja pakai sebab pja ada masalah silau yang serius sampai tahap tengok skrin monitor pun boleh pening disebabkan cahaya dari skrin tu.. kalau siapa yang hadapi masalah yang sama, dia akan paham masalah pja..

Oleh sebab itu, masa kita driving pag-pagi pukul 7 tu matahari berada didepan, belakang, kiri atau kanan kita BUKAN diatas kepala kita.. bila kita tengok sesuatu direct kepada objek tersebut yang dibelakangnya adalah matahari, maka, secara automatik objek itu akan hilang dari pandangan dan gelap manakala yang timbul hanyalah terik cahaya matahari.. paham?

Kalau dah tengah memandu, of coz tak nampak kereta depan.. gelap je.. that's why jalan penyelesaiannya pakai cermin mana hitam yang boleh mengurangkan sedikit terik cahaya tersebut..

Kalau siapa yang geli menyampah tu, mana korang nak?
pakai cermin mata hitam + nak geli menyampah = bontot kereta korang selamat
atau
Tak pakai cermin mata hitam + suke sangat = Bonto kereta korang penyek

Hah.. senang citer camni la aku nampak kete depan.. kalau dah banyak-banyak kete camner ?
 
*Pics by Google
pilih la... pilihhhhhh...

Nota kechik kaca mata hitam : entry ni tiada unsur-unsur marah atau hangin ye.. cuma penat nak memperjelaskan berkali-kali.. kalau orang lain tu lantak dia le.. **dah tahap kene buat cermin mata.. tapi ntah bila la berkesempatan...

Feb 19, 2013

TASKA #2 - Pendaftaran.. KINI DIBUKA



Assalamualaikum..

Secara rasminya... TASKA CAHAYA IMTIYAZ dibuka untuk pendaftaran... Walaupun tarikh sebenar TCI beroperasi adalah pada 1 Mac 2013, dan pendaftaran juga bermula waktu tu, any parents yang berminat boleh la hubungi pja untuk sesi berkenalan, duduk rapat-rapat dan berbual mesra berkenaan dengan TASKA.

InsyaAllah, kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik.. samping itu, TCI amat menyokong breastfeed mother dan Cloth Diapering Parents.. jangan malu-malu, jangan segan-segan untuk bertanya...

jangan lupa untuk tekan mouse untuk ke website kami...
http://taskacahayaimtiyaz.blogspot.com/2013/02/assalamualaikum-dan-selamat-sejahtera.html


Feb 6, 2013

Suka Duka Breasfeed #11 - Rezeki Insyirah

Assalamualaikum..

Biler cerita pasal rezeki Insyirah, sedih sangat rasenye.. dah berbulan-bulan ibu kais pagi makan pagi.. sampai tahap dah usha-usha susu tepung yang bakal diberikan pada Insyirah.. biasanya ibu bekalkan 3oz x 5 botol dekat mama.. tapi kadang-kadang ibu skip jadi 4 botol je.. kesian Insyirah..

Macam-macam ibu cuba.. set shaklee tu pun pada mulanya serasi dengan ibu.. lama-lama tak de kesan apa-apa pun.. sedey sangat-sangat.. power pumping pun selalu je ibu buat dekat ofis.. 1-2 jam.. macam itu juga hasilnya.. kadang-kadang jadi feedup.. tapi bile tengok insyirah DF dengan ibu dengan penuh semangat dan dengan muka yang tersangat lazat.. ibu gagahkan juga..

Tapi lately ni ibu macam terkejut.. sebelum ni, 1 sesi pumping ibu cuma dapat 2.5-3 oz je..tapi sekarang ibu dapat 4-4.5 oz sekali pumping..

Hasil 3 kali pumping di ofis...

Ibu rase seronok sangat.. dah 2-3 hari jugak la ibu dapat hasil macam ni.. seminggu yang lepas dapat 3-3.5 oz tiap sesi pumping.. ibu pun tak tahu macam mana boleh berlaku.. yang pasti ibu tak perlu lagi skip sebotol susu insyirah untuk hantar ke rumah mama.. dan pagi tadi ibu dapat simpan spare 2.5 oz untuk kesekian kalinya after 4 month.. dalam tempoh tu, ibu langsung tak dapat buat stok... Syukran Jazillan Ya Allah...