Apr 17, 2014

Urut Ibu Hamil

Assalamualikum..

Alhamdulillah, pagi ni rasa lebih fresh banding hari-hari sebelumnya.. sepanjang preggy ni la.. yang paling best malam tadi dapat tidur lena walaupun 4 jam je, tidur yang kualiti.. tak ada sakit-sakit pinggul.. sebab apa?? sebab malam tadi dah dapat pergi mengurut!! yeay!! tq so much my lovely hubby.. sebab belanja mengurut siap tolong hantar, melayan kerenah anak dara nak tidur & melepak entah kat mana-mana sementara tunggu isteri kamoo yang banyak kerenah nih.. huhu.. love you so much...

Sebelum ni pja memang mencari tukang urut / mak bidan untuk mengurut lepas bersalin.. masa bersalin kakak insyirah dulu memang mengurut, tapi tak la beria sangat sebab csec kan.. lepas tu mak cik yang mengurut tu pulak sebenarnye tak ada pengalaman sangat pun.. belajar sengkak dari buku je katanya.. after habis pantang tu, semua urat-urat pun tersimpul  la balik.. haha.. bila pregnant kali ni yang terasa benar rasanya..

Cari punya cari, dipendekkan cerita, baru la pja tahu yang sebenarnya ada bidan mengurut ibu hamil.. apa lagi, hati terus la berbunga riang.. pucuk dicita ulam mendatang kan.. ada la 2-3 yang pja jumpa, tapi setelah dipertimbangkan & yang paling senang berurusan dengan maksu, pja pun buat keputusan untuk berurut dengan dia.. mana pja dapat nombor dia?? dari seorang kenalan, lepas tu, terbaca dekat beberapa blog yang mak su ni bagus.. terus la nak urut..

Mak su ni duduk dekat kota kemuning.. mengurut dekat rumah dia.. nak dia datang rumah pun boleh kot.. sebab dia memang mengurut orang lepas bersalin juga.. malam tadi pja pergi, mak su tak sihat, tapi anak dia ganti.. anak dia pun dah boleh mengurut.. katanya ilmu dia turun dekat anak dia tu.. panggil cik nah.. tapi dia ni mengurut campur urutan tradisional & cara moden ni.. sebab dia memang ambil sijil SKM dan pernah kerja dekat spa..

Mengurut ibu mengandung ni terhad sikit.. takat kaki, belakang badan sikit, kepala, tu je la.. mana nak sentuh sangat bahagian perut kan.. tapi sempat juga la mengadu pasal kesakian pinggul kanan yang teramat sangat tu & sejarah jatuh masa anak dara.. rasa sangat miracle bila masa memula baring tu sakit sangat pinggang & pinggul.. tu memang biasa.. malam je memang tak boleh baring terlentang langsung.. after dia selesai urut kaki kanan, terus tak rasa sakit dah.. angkat kaki pun laju je.. macam teruja.. rupa-rupanya dia kata kalau sakit macam ni, kedudukan bayi tak betul.. dia berat sebelah kanan.. urat pinggul tu memang dah tak berapa betul sebab after jatuh dulu tak mengurut, tambah dengan baby lagi, lagi la sakit.. so, dia betulkan kedudukan baby dengan urut kat tapak kaki dan betis je.. owwhhh.. camtu rupanya.. 

Alhamdulillah.. semuanya dah selesai.. dia suruh datang sekali lagi bila kandungan dah 8bulan nak masuk 9 bulan nanti.. dia akan bantu supaya dapat bersalin normal..cerita la juga pasal sebelum ni csec.. dia kata jangan risau.. InsyaAllah nanti mudah je nak bersalin.. hopefully... InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah.. tibe-tibe rasa macam nak mengurut lepas bersalin dengan dia.. masa kat gombak maybe dengan orang lain..bila balik puchong nak mengurut dengan dia sekali dengan urut penutup..

nota kechik sakit tuttt: cik nak & mak su pesan, badan nak pakai lama, jaga badan, jatuh sikit-sikit tu memang doktor kata tak ada apa, tapi bila tak mengurut, ni la jadinya.. dengan faktor kerja yang lasak lagi tu.. tahan la.. haha.. baik maksu!! saya yang menurut perintah.. cik nah siap bagi tips-tips jaga badan maintain sampai tua lagi tu.. maksu dengan cik nah macam adik beradik!!

*padan la mak & mak cik-mak cik sebelah famlily en.suami nampak macam kuat-kuat je walaupun dah berumur.. sebab diorang memang amalkan urut-mengurut nih..

Apr 15, 2014

Selamat Hari Lahir Auni

Assalamualaikum..

Sepatutnya entry ni pja tulis masa 10 April lepas.. sebab besday dia yang pertama pada hari tu.. tapi tak berkesempatan.. Diam tak diam, hampir setahun jaga auni.. yela, of coz jaga dia start dari mama dia naik kerja semula kan.. dalam umur dia dua bulan juga la.. habit dia, ragam dia.. perangai dia semua dalam poket ibu.. huhu.. dia juga la baby yang pertama pja jaga sejak buka taska ni.. 

tengok muka dia.. memang susah betul nak senyum

senyum pun ala-ala tak layan.. haha
Kalau bab nangis & melepek bawah ketiak ibu, dia la juara.. manja yang amat.. kalau menjerit nangis tu, berlawan-lawan dengan kakak insyirah.. memang susah nak dengar dia ketawa atau tengok dia senyum.. kalau mood dia betul-betu baik je dia nak layan kita buat lawak.. tapi kalau mama dengan papa dia jemput je, jerit bergumbira tak hengat.. 
Dia punya habit menangis tu, sampai mak & mak mertua pun surrender.. kadang-kadang penah je dia nangis dari pagi sampai ke petang.. sampai mak kata, "haihhhh, mak tak tahu camner ko boleh tahan dengar dia menagis dari pagi sampai petang cam gini.." haha.. kadang-kadang hilang sabar, berkurung diri juga aku nih... take 5 ke, duduk dalam bilik yang kedap dari suara dia (pja yang kurung diri, bukan kurung dia), atau ambil wuduk, istighfar & tarik nafas panjang-panjang.. kadang terbebel jugak kat dia.. nanti dia senyappp je.. haha.. jangan pukul anak-anak tau.. diorang tak paham pe.. BIG NO NO ok!! lagi-lagi anak orang... 

Dari cerita mama dia, dekat rumah dia lain, dekat taska dia lain.. biasa la budak.. mende tu biasa kot.. yela, kat rumah agaknya 100% perhatian pada dia je, tapi bila dekat sini, perlu bersaing untuk dapatkan perhatian.. so menjadi kreatif tu sangat penting.. haha..

Selamat hari lahir ye Auni El Zahraa.. semoga jadi anak yang solehah, bijak, cantik, berjaya di dunia & akhirat.. 

Apr 6, 2014

Dating With Adik Baby

Assalamualikum..

Selamat Pagi dan Selamat bercuti dihujung minggu.. hehe.. pagi-pagi lagi ibu dah bersemangat nak update pasal adik baby dalam blog yang macam dah tak berapa nak hidup ni kan.. dulu pantang ada masa terluang je, mesti bercerita panjang.. sekarang ni susah nak curi masa.. so, pagi ni sambil-sambil melayan kakak borak, sambil mendobi baju yang dah menggunung tu, nak relax-relax sambil update blog.. saja tak nak rushing sangat buat 'homework'.. tak nak letih.. hari ni hari rehat.. sebab hari sabtu hari berjalan.. haha..

Kalau ada yang perasan, 2 minggu lepas pja ada survey harga untuk buat scan detail 2D + 3D/4D.. actually pja memula tak terfikir pun nak scan.. bukan tak ada langsung.. tapi macam 50-50.. dengan masa dan kewangan.. plus en. suami pun tak ada bunyi, so, diamkan saja la.. lepas tu, ntah macam mana, en. suami yang bunyi pasal scan baby.. abang pada kawan dia ada buka klinik dekat kerling, servis utk detail ni RM100 je.. murah kan... tapi malangnya doktor laki.. pja kalau doktor laki je memang dah reject awal-awal since preggy insyirah dulu.. 1-segan, 2-memang tak redha mana-mana doktor laki yang cek perut ke, VE ke, tak suke.. eh, lari topik pulak..

Alang-alang menyeluk pekasam kan, biar sampai ke pangkal lengan.. so, terus la tambah asam dan garam.. hihi.. en. suami bagi green light suruh survey je, terus la jalankan misi.. Dulu buat dekat az-zahrah, tp az-zahrah office hour, terus reject.. sebelum tu eira ada bagi tau pasal scan malaysia.. dia kata detail scan RM150.. macam pelik jugak sebab murah sangat kan.. jumpa pulak ada klinik yang famous dalam blog-blog dekat puchong ni yang buat 3D/4D dengan harga RM80, ada owner blog tu siap blogwalking promote kata murah.. mostly pja call semua untuk kepastian kecuali scan malaysia tu.. dalam web memang dah jelas.. rupanya RM150 tu untuk detail 2D.. pja yang salah faham.. yang lain kat kerling tu memang RM100 pekej detail 2D + 3D/4D sebab kawasan luar bandar kot.. yang RM80 tu pulak hanya 3D/4D, tak termasuk detail, means tengok muka, pergerakan dengan jantina je tau, jangan keliru, beza tau.. ada juga makhluk yang cakap 3D/4D tu detail la, dah murah sangat la tu, nak murah camner lagi.. pja siap call front desk klinik tu, dia pun tak paham detail tu macam mana.. dia kata include.. bila tanye buar yang kire tulang, cek cecair otak sumer bagai tu.. tergagap-gagap tak tahu, "ye la kot" katenye..

Banyak jugak klinik yang pja tanya.. tapi hanya scan malaysia yang masa dia flexible dan harga berpatutan.. so, lastly kami decide pegi sana.. memula nak pergi yang dekat puchong jaya je, tapi ada yang kata kualiti gambar scan machine dia kurang, so, possibility nak nampak muka dengan jelas tu kurang plus perut pja ni kan tebal, memang susah nak nampak baby dengan jelas.. kalau yang jenis perut nipis tak ada masalaha kot rasanya.. machine yang bagus dekat ampang, shah alam dengan seri kembangan je, based on warning yang pja dapat mase booking tu la.. last-last buat dekat ampang.. dekat dengan gombak pun kalau nak balik rumah opah..

Adik baby yang sangat suka sorok muka dan terkangkang
Sepanjang scan, susah sangat nak tengok muka adik baby dengan jelas.. dia suka sorok muka.. haiihh, geram betol.. siap buat muka nak menangis.. so, sweet.. tapi masa nak tengok jantina, mak aihh, senang betul, kangkang tak mahu tutup-tutup.. ms jezzlyn siap suruh turunkan kaki, dia buat dekkk je.. kakak pulak dia yang terlebih excited.. bising & banyak cakap.. suka sangat dia dapat tengok baby.. sampai ms jezzlyn kate "kakak ni lucu la.. pandai dia cakap..".. nak tau jantina baby? cer tanya kakak.. dia tahu.. dari awal preggy pun, kalau tanye kakak, adik kakak baby boy ke girl? jawapan dia tetap sama tak pernah berubah.. dengan dia je pun yang adik suke borak.. sebab kakak rajin melayan..

Overall sangat puas hati, walaupun giliran untuk masuk scan tu macam terabur sikitkan, macam geram la gak.. tapi sebab dia pandai pujuk adik baby, semuanye jadi ok..

nota kechik comel-comel: konon sebelum masuk scan, makan coklat supaya adik baby aktif, tapi in the end kakak yang terlebih aktif.. haha.. adik banyak tidur je..